Sekadar perkongsian tentang info yang umum sepatutnya tahu sebelum GST dilaksanakan.
Dibawah merupakan contoh format resit yang telah dikeluarkan oleh pihak Kastam bagi mana-mana syarikat atau peniaga yang berdaftar GST.
Dimaklumkan bahawa, jika resit yang dikeluarkan oleh peniaga tidak mempunyai ciri-ciri seperti yang tertera, aduan boleh dibuat melalui e-aduan.kpdnkk.gov.my dan denda boleh dikenakan terhadap mereka yang tidak mematuhi undang-undang.
Antara maklumat yang perlu dipaparkan pada resit tersebut, termasuklah:
- ID Pendaftaran GST
- Simbol kadar GST (Z ataupun S) bagi jenis barangan yang dibeli
- Jumlah yang dikenakan GST
Nota:
Kena ingat betul-betul format resit ini supaya kita tidak ditipu hidup-hidup oleh peniaga yang tidak jujur dalam menjalankan perniagaan. Mereka nak untung, kita pun nak jimat duit poket kita. Sikit-sikit sorang lah kan.
p/s: Sampai sekarang tak nampak lagi mana-mana barang yang mengalami penyusutan harga, makin banyak yang harga meningkat naik ada la. Hmmm..
kalau kita beli dikedai runcit macam mana bro
Macam ni rupanya resit yang dikeluarkan oleh kedai selepas GST dilaksanakan… Ok juga resit ni.. Sebab ada dipaparkan secara detai barang-barang yang kita beli..
belum laksanakan GST tapi harga barang dah naik.
Belum ada GST kenaikan harga dah menjadi-jadi..lepas tambah GST nanti memang lagi tak terkawal la kot
GST ini menjadi isu yang banyak dibahas saat ini boleh jadi isu untuk menggoyang pemerintah
Costing kepada sistem / perisian berkaitan GST ni pastinya tambah kos overhead peniaga….dan kita sebagai pengguna yang kena jadi mangsa keadaan…..
memang rugi kalau ditipu oleh peniaga..sebab itu kita perlu berhati-hati dengan kelicikan mereka tu.
GST bakal dilaksanakan tak lama lagi semoga semuanya sudah bersedia
topik paling seru..gst