in ,

Impianku Untuk Khair | AmMetLife


Terkesan dengan jalan cerita video pendek ini mengenai seorang ayah yang sanggup bersusah payah untuk anaknya, aku terpanggil untuk meluahkan perasaan yang terbuku di hati.

Anak.. siapa yang tak sayangkan anak? Even, binatang pun sayangkan anak-anak mereka.

Disaat Khair dilahirkan dulu, menitis air mata kegembiraan aku tatkala terdengar tangisan kecil didalam wad bersalin.

Satu perasaan yang tak boleh dibayangkan, semuanya bercampur baur. Pendek kata, disaat kali pertama aku memangkunya, aku sangat terharu kerana diberikan keizinan oleh-Nya untuk menyambut insan kecil ini dalam hidup aku.

Baby Khair

Setelah Khair dilahirkan, kehidupan aku tidak lagi sama seperti dulu. Semua kerja yang aku lakukan, dilakukan semata-mata untuk dia.

Jikalau dulu aku mampu membuat sebarang keputusan tanpa melibatkan orang lain, tetapi kali ini semua keputusan yang hendak mestilah difikirkan apakah kesan kepadanya.

Makan-minum dia.. pakaian dia.. kesihatan dia.. semuanya dipantau dari semasa ke semasa. Tak kisahlah jika ada suatu masa dulu dia ditahan wad selama lebih daripada 5 hari sehingga menyebabkan cuti aku ditolak tanpa gaji.

Tak kisahlah jika dia diserang sakit lelah ketika orang lain sedang nyenyak tidur di tengah-tengah malam.

Atau, tak kisahlah juga jika setiap kali keluar bersiar-siar, dipintanya aku belikan mainan baru meskipun aku tahu mainan tersebut akan rosak dalam tempoh beberapa hari.

Bagi aku.. Semua itu bukan masalah besar. Biar aku penat sekarang untuk memastikan dia sihat senantiasa. Biarkan juga aku bekerja keras demi mencari wang bagi memenuhi segala permintaannya.

Sudah menjadi tanggungjawab aku untuk membesarkan dia dengan kasih sayang, mendidiknya dengan sempurna dan juga memastikan perjalanan hidupnya dipenuhi dengan 1001 kenangan manis.

Apa yang aku boleh fikirkan.. Apabila dia gembira, aku seronok. Apabila dia seronok, maka hilanglah segala penat lelah aku menjaganya.

Dan.. jikalaulah ditanya apakah harapan aku buat Khair ataupun dalam erti kata lain, #DreamForMyChild.. Cuma ada satu perkara yang bermain difikiran.. Iaitu aku mengharapkan dia menjadi seorang yang baik budi pekerti, sihat tubuh badan, berjaya dalam hidup dan juga menghormati kedua ibu bapanya.

Khair baby comel

Jika ini dapat ditunaikan, Alhamdulillah.. itu adalah kejayaan aku yang paling sempurna dalam hidup. Aminn.

AmMetLife - Dream For My Child

Makluman: Bermula daripada 27 Januari sehingga 3 April 2015 ini, AmMetLife melancarkan satu kempen yang bernama “What’s your dream for your child?“.  Kempen ini yang bertujuan untuk mengajak anda semua supaya berkongsi apakah impian dan harapan anda terhadap anak-anak anda suatu hari nanti. 10 buah iPad Air 2 yang dilengkapi dengan aplikasi pendidikan menarik ditawarkan kepada peserta, dimana satu perkongsian yang paling menarik akan dipilih sebagai pemenang pada setiap minggu. Untuk menyertainya, anda hanya perlu melayari laman web www.dreamformychild.com, dan kemudian kongsikan komen/impian anda didalam kotak yang telah disediakan.

p/s: Apa pendapat anda tentang video tu? Sedih tak?


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

17 Comments

Leave a Reply
    • Hukhukhukhuk kalau baca citer bab anak2 masa kecik dan juga impian kita utk mereka hati mmg cepat terasa ..cam bak nangis jer huhuhu..

  1. Touching..tapi itulah harapan dan impian kita semua kan. The best for our child in every steps. Moga Khair membesar dalam kebahagiaan dan kasih sayang ibubapanya.

    P/s: dah join contest tu semalam hehe

  2. Salam Hafiz..sedih kan tgk video tuu..sangat2 terkesan dgn video yang cukup bagus utk kita kongsikan bersama org lain di luar sana..Sama2 menghayati mesej yg cuba disampaikan,.Kisah dan perjalanan hidup seorang aysh tang ingin kesempurnaan untuk anak perempuannya walaupun hakikatnya yang sebenar tak pernah kita jangka.Sama2 kita menyemai benih kejayaan untuk ank2 kita..Kak lya pon ada buat entri ni semlm..Dah join melalui fb jugak ..All the best untuk Hafiz..Moga impian Hafiz untuk Khair tercapai satu hari nnt..InsyaAllah. .aaamin aaamin. ?

  3. setiap kite ade impian sendiri, nak anak jadi manusia yang soleh, takutkan Allah yang tidak nampak oleh mata, tapi lagi takut lagi kite nak dekat

Leave a Reply to Hanim Hashim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *