Terkesan dengan jalan cerita video pendek ini mengenai seorang ayah yang sanggup bersusah payah untuk anaknya, aku terpanggil untuk meluahkan perasaan yang terbuku di hati.
Anak.. siapa yang tak sayangkan anak? Even, binatang pun sayangkan anak-anak mereka.
Disaat Khair dilahirkan dulu, menitis air mata kegembiraan aku tatkala terdengar tangisan kecil didalam wad bersalin.
Setelah Khair dilahirkan, kehidupan aku tidak lagi sama seperti dulu. Semua kerja yang aku lakukan, dilakukan semata-mata untuk dia.
Jikalau dulu aku mampu membuat sebarang keputusan tanpa melibatkan orang lain, tetapi kali ini semua keputusan yang hendak mestilah difikirkan apakah kesan kepadanya.
Makan-minum dia.. pakaian dia.. kesihatan dia.. semuanya dipantau dari semasa ke semasa. Tak kisahlah jika ada suatu masa dulu dia ditahan wad selama lebih daripada 5 hari sehingga menyebabkan cuti aku ditolak tanpa gaji.
Tak kisahlah jika dia diserang sakit lelah ketika orang lain sedang nyenyak tidur di tengah-tengah malam.
Atau, tak kisahlah juga jika setiap kali keluar bersiar-siar, dipintanya aku belikan mainan baru meskipun aku tahu mainan tersebut akan rosak dalam tempoh beberapa hari.
Bagi aku.. Semua itu bukan masalah besar. Biar aku penat sekarang untuk memastikan dia sihat senantiasa. Biarkan juga aku bekerja keras demi mencari wang bagi memenuhi segala permintaannya.
Sudah menjadi tanggungjawab aku untuk membesarkan dia dengan kasih sayang, mendidiknya dengan sempurna dan juga memastikan perjalanan hidupnya dipenuhi dengan 1001 kenangan manis.
Apa yang aku boleh fikirkan.. Apabila dia gembira, aku seronok. Apabila dia seronok, maka hilanglah segala penat lelah aku menjaganya.
Dan.. jikalaulah ditanya apakah harapan aku buat Khair ataupun dalam erti kata lain, #DreamForMyChild.. Cuma ada satu perkara yang bermain difikiran.. Iaitu aku mengharapkan dia menjadi seorang yang baik budi pekerti, sihat tubuh badan, berjaya dalam hidup dan juga menghormati kedua ibu bapanya.
Jika ini dapat ditunaikan, Alhamdulillah.. itu adalah kejayaan aku yang paling sempurna dalam hidup. Aminn.
Makluman: Bermula daripada 27 Januari sehingga 3 April 2015 ini, AmMetLife melancarkan satu kempen yang bernama “What’s your dream for your child?“. Kempen ini yang bertujuan untuk mengajak anda semua supaya berkongsi apakah impian dan harapan anda terhadap anak-anak anda suatu hari nanti. 10 buah iPad Air 2 yang dilengkapi dengan aplikasi pendidikan menarik ditawarkan kepada peserta, dimana satu perkongsian yang paling menarik akan dipilih sebagai pemenang pada setiap minggu. Untuk menyertainya, anda hanya perlu melayari laman web www.dreamformychild.com, dan kemudian kongsikan komen/impian anda didalam kotak yang telah disediakan.
p/s: Apa pendapat anda tentang video tu? Sedih tak?
Uhuk..pagi pagi dah wat aku sedih.
Hukhukhukhuk kalau baca citer bab anak2 masa kecik dan juga impian kita utk mereka hati mmg cepat terasa ..cam bak nangis jer huhuhu..
Touching..tapi itulah harapan dan impian kita semua kan. The best for our child in every steps. Moga Khair membesar dalam kebahagiaan dan kasih sayang ibubapanya.
P/s: dah join contest tu semalam hehe
Dah joint contest tu… ntw, bidio tu mmg touching… mcm real story aku jer cuma aku xde la kejer membanting tulang… ngeee…
Hehehe Alan terbaikk…Semoga terus jadi bapa yg terbaik di dunia..
Anak permata dunia akhirat.
semoga kita semua bisa menjadi ayah yang baik
Huhu.. Pepagi meleleh air mata…
Daus dah nangis lerr tuuu
Salam Hafiz..sedih kan tgk video tuu..sangat2 terkesan dgn video yang cukup bagus utk kita kongsikan bersama org lain di luar sana..Sama2 menghayati mesej yg cuba disampaikan,.Kisah dan perjalanan hidup seorang aysh tang ingin kesempurnaan untuk anak perempuannya walaupun hakikatnya yang sebenar tak pernah kita jangka.Sama2 kita menyemai benih kejayaan untuk ank2 kita..Kak lya pon ada buat entri ni semlm..Dah join melalui fb jugak ..All the best untuk Hafiz..Moga impian Hafiz untuk Khair tercapai satu hari nnt..InsyaAllah. .aaamin aaamin. ?
setiap kite ade impian sendiri, nak anak jadi manusia yang soleh, takutkan Allah yang tidak nampak oleh mata, tapi lagi takut lagi kite nak dekat
Sayu weh…..terus join….
Supaya khair jadi anak yang soleh..terharu baca pulak..nanti khair dah besar..khair baca entry ni erk..hehe
Walaupun aku belum ada anak sendiri…..tapi apabila melihatkan video nie memang menyentuh perasaan hati….
hati seorang ayah.. bro lebih kurang sama macam aku.. anak lelaki pulak tu.. kita berkorban untuk mereka..
sebagai seorang ayah aku pun dapat rasa perasaan bro tue
Bro seorang ayah yang penyayang… Beruntung Khair dapat ayah seperti Bro..