in

Ikan Tilapia Air Masin


Ikan tilapia @ talapia sememangnya dah sinonim dengan air tawar. Tanyalah mak nenek mana sekalipun tentang habitat ikan tilapia ni, confirm diorang akan cakap ikan tersebut ialah ikan sungai. Seumur hidup Hafiz tak pernah lagi dengar orang kata ikan tilapia adalah ikan laut. Kalau ada pun mesti orang tu ade skru longgar. Hihi.

Tapi..jeng jeng jeng..Apa yang bakal Hafiz war-warkan disini sudah pastinya menjadi titik noktah yang baru bagi korang semua yang selama ini percaya ikan tilapia hanya hidup di air tawar. Fakta yang boleh dikatakan baru dalam dunia perikanan ( boleh buat rancangan Hafiz’s Believe It Or Not ni ). Haha.

Ikan Tilapia Air Masin

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh pihak UMT (Universiti Malaysia Terengganu) selama lebih 2 tahun, projek yang dijalankan sejak 2008 ini telah berjaya menghasilkan spesis ikan tilapia yang baru iaitu ikan talapia air masin. (rujukan asal: Kosmo)

Ikan ini yang dikatakan mempunyai rasa yang lebih sedap daripada ikan siakap telah berada di pasaran sejak tahun 2010 lagi. Dah lama rupanya kan? Tapi Hafiz baru je tahu semalam. Itu pun secara tidak sengaja ternampak satu banner semasa pergi tapau breakfast kat Restoran D’Limau Nipis Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.

Kalau nak diikutkan, Hafiz ni penggemar ikan tilapia juga. Mungkin lepas ni boleh cuba lah kot. Ada sesiapa nak join? Hehehe.

p/s: dah bosan ikan siakap 3 rasa tukar jadi tilapia 3 rasa pulak. ;p


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

31 Comments

Leave a Reply
  1. pernah juga dgr perkata ni. tapi talapia masih lagi baru. selalu dgr pasal toman air masin sebab tinggal di muara sungai.

  2. saya selalu bakar ikan talapia nanti nak bakar 2013 ni, kita buat gathering BBQ ikan talapia..apa macam ? haha

  3. salam bro, saya dah lama cari benih talapia air masin tapi sampai sekarng masih belum dapat pembekalnya. Saya sangat harap saudara dapat membantu saya untuk mendapatkan maklumat pembekal.
    terima kasih

Leave a Reply to hafizrahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *