Ikan tilapia @ talapia sememangnya dah sinonim dengan air tawar. Tanyalah mak nenek mana sekalipun tentang habitat ikan tilapia ni, confirm diorang akan cakap ikan tersebut ialah ikan sungai. Seumur hidup Hafiz tak pernah lagi dengar orang kata ikan tilapia adalah ikan laut. Kalau ada pun mesti orang tu ade skru longgar. Hihi.
Tapi..jeng jeng jeng..Apa yang bakal Hafiz war-warkan disini sudah pastinya menjadi titik noktah yang baru bagi korang semua yang selama ini percaya ikan tilapia hanya hidup di air tawar. Fakta yang boleh dikatakan baru dalam dunia perikanan ( boleh buat rancangan Hafiz’s Believe It Or Not ni ). Haha.
Ikan Tilapia Air Masin
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh pihak UMT (Universiti Malaysia Terengganu) selama lebih 2 tahun, projek yang dijalankan sejak 2008 ini telah berjaya menghasilkan spesis ikan tilapia yang baru iaitu ikan talapia air masin. (rujukan asal: Kosmo)
Ikan ini yang dikatakan mempunyai rasa yang lebih sedap daripada ikan siakap telah berada di pasaran sejak tahun 2010 lagi. Dah lama rupanya kan? Tapi Hafiz baru je tahu semalam. Itu pun secara tidak sengaja ternampak satu banner semasa pergi tapau breakfast kat Restoran D’Limau Nipis Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.
Kalau nak diikutkan, Hafiz ni penggemar ikan tilapia juga. Mungkin lepas ni boleh cuba lah kot. Ada sesiapa nak join? Hehehe.
p/s: dah bosan ikan siakap 3 rasa tukar jadi tilapia 3 rasa pulak. ;p
baru tahu yang ada ikan talapia air masin ni
kalau lagi sedap daripada ikan siakap, memang nak kena try ni
kalau nak try ajak aku sekali..baru ada geng..ahaha
Tidak berapa suka makan ikan.
kalau seafood pun kurang ke bro..rugi tu..hehe
ciktom lg la 1st time br dgr..hehe..
menarik blh cuba ni..
belum tengok depan2 lagi macam mana ikan tilapia air masin kan..hehe
pernah juga dgr perkata ni. tapi talapia masih lagi baru. selalu dgr pasal toman air masin sebab tinggal di muara sungai.
uih..toman pun ada? tak pernah dengar tu..hehe
Bukan toman masin la.nama dia haruan tasek
memang minat semua jenis ikannnn..
apa lagi..kena cari la bro talapia air masin..hehe
Ooo. Ada beza ye dengan ikan talapia biasa. Baru tahu ni. Terima kasih di atas info.
sharing is caring bro
saya selalu bakar ikan talapia nanti nak bakar 2013 ni, kita buat gathering BBQ ikan talapia..apa macam ? haha
Kalo kat area kl..aku no hal..haha
ahhaaaaa… D’Limau Nipiz eh? lama tak singgah situ..
Kena cari time lepak sana bro..hehe
kat kuantan auc biasa jg menjala talipia muara ni…
dia warna kehitaman sikit kat sini…
Manjala kat mana tu auc?
Serius baru tau jugaakk.. sile la ajak kalau nak try tuu.. hahahhaa
Baeklah..hehe
suka makan ikan tapi bab nak ingat nama ikan tu payah bebenor. mcm sama je sume ikan..
Lain ikan lain rasa bro..hehe
Bro lebih suka dengan talapia lombong lagi2 kalau pancing sendiri 🙂
Kalau mancing saya prefer laut bro..layan..
bak sikit ikan ni.. aku nak bagi teman kat ikan puyu aku… hehehe
Ikan puyu lone ranger..mane leh geng..haha
macam mana order benih tilapia air masin sb saya kat Sabah ni?
salam bro, saya dah lama cari benih talapia air masin tapi sampai sekarng masih belum dapat pembekalnya. Saya sangat harap saudara dapat membantu saya untuk mendapatkan maklumat pembekal.
terima kasih
Bukan toman masin la.nama dia haruan tasek
TQ https://hafizrahim.com/ikan-tilapia-air-masin/