Ikan Koi Renang-Renang

Rutin yang tak pernah tinggal bila berkunjung ke Restoran Village View Jalan Reko, sesi memberi makan ikan koi.

Khair cukup suka bila datang sini. Sebabnya dia boleh lihat secara dekat ikan-ikan koi itu berasak berebut makanan. Hinggakan ada masa-masa tertentu kalau diajak balik, jangan harap dia nak ikut selagi tak puas tengok.

Bercerita tentang beri ikan koi makan, teringat satu ketika dulu masa mula-mula bawa Khair datang ke sini. Sambil-sambil menghulur pelet makanan kepada ikan koi, tak terperasan Khair pun tumpang sekaki merasai kelazatan pelet tu.

Aiyok..bertuah punya anak. Kelam kabut sekejap si ibu korek balik pelet dari mulut Khair. Hehehe.

p/s: Pandai tokey kedai ini, jual pelet makanan ikan RM1 secawan. Ikan kenyang, dia untung.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 9 Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Rumah Cekap Tenaga

    Panduan Asas Kecekapan Tenaga