in ,

Iftar Bersama Eden Catering Di TMCC


Bulan Ramadhan kalau tak menikmati bufet Ramadhan bersama sahabat handai memang tak sah.

Paling kurang pun sekali dalam sebulan. Bukan kerana tamak ingin menikmati pelbagai juadah, tetapi sekali sekala nak menikmati hidangan luar disamping bagi peluang pada isteri supaya berehat daripada memasak di rumah.

Beberapa hari lepas, sempat aku berkunjung ke Menara Rebung TM di Jalan Pantai Baru, KL. Bersama rakan-rakan daripada Kelab Blogger Ben Ashaari, kami menikmati hidangan berbuka puasa yang disediakan oleh Eden Catering.

Iftar Ramadhan KBBA Eden Catering

Harga bufet bagi satu kepala disini ialah RM75 untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak ialah RM30 (4-11 tahun).

Terdapat pelbagai juadah-juadah menarik yang dihidangkan, antara yang sempat aku rakamkan dengan kamera beresolusi tinggi keluaran Samsung ialah Nasi Ayam Mandhi, Kambing Golek dan macam-macam lagi.

kambing golek
Kambing golek.. kambing golek..
Mandhi rice chicken
Nasi ayam mandhi? Mandi? Tak mandi?

Untuk melihat dengan lebih banyak lagi gambar-gambar juadah yang dihidangkan adalah seperti berikut:

hafiz rahim bufet ramadhan
Selfie sekali
gulai ayam
Gulai ayam
eden catering
Entah apa entah nama nya.. Lupa. Hahaha
Ayam goreng cili
Ayam goreng cili
Daging salai masak lemak
Daging salai masak lemak
Sayur campur
Sayur campur
telur istimewa
Telur yang dihancurkan dan dimasak bersama sayur
udang butter
Udang butter.. Fresh woo!
spaghetti oglio olio
Spaghetti oglio olio
Bread & butter pudding
Bread & butter pudding
Chicken shawarma
Chicken shawarma
jeruk dan kerabu
Jeruk dan kerabu

menu tradisional bufet

menu iftar ramadhan

pencuci mulut

salad & coleslaw

seafood salad

kuih bufet ramadhan
Kuih-kuih tradisional dan moden

kuih bufet ramadhan eden catering

kacang iftar Eden Catering

desert iftar

hafiz rahim khair fiza happy family
Yeah.. satu family semua merah.
kambing bakar
Kambing lagi..

Sememangnya bufet Eden Catering ini memang menepati citarasa aku. Yang paling sedap dinikmati ialah Koay Teow Goreng nya yang dimasak panas-panas. Thumbs up untuk chef yang bertugas. Boleh aku katakan ianya memang menjadi hidangan feveret KBBA pada malam itu.

koay teow goreng

Dengan kualiti dan rasa setiap hidangan di bufet Ramadhan Eden Catering ini yang aku boleh kategorikan sebagai memuaskan hati, aku rasa ada baiknya korang pergi cuba sendiri makanan disana. Ramadhan sudah hendak meninggalkan kita, kalau tak cuba dalam 2-3 hari ini.. terpaksalah nanti tunggu tahun depan pula.

KBBA hafiz rahim
Pantang ajak bergambar!

Kelab Blogger Ben Ashaari

Untuk makluman Eden Catering juga menawarkan servis catering dimana untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut, korang boleh hubungi mereka di:

Laman web: www.edenfood.com.my
Nombor telefon: 03-22401012 / 019-2594334


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

6 Comments

Leave a Reply
  1. Eden Catering ni dulu tender dekat PICC untuk tiga tahun…. memang makanan dia sedap kan bro…. feveret aku adalah kuetiow goreng….

  2. ni kt opis saya ni.heheh..tp disebabkan saya dh biasa dgn suasana di situ, saya tak mencuba.sebab rasa mcm pegi keje.heheh

  3. Tempat makan yang ada kambing golek biasanya disukai ramai… Sebab tertarik dengan keenakan kambing golek.. hohoho

Leave a Reply to Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *