Hari ini dah masuk hari kedua kita sebagai umat Islam menyambut bulan Ramadhan yang penuh barokah ini.
Masing-masing dah mula sibuk untuk cuba menyesuaikan diri dengan keadaan berpuasa bilamana ada diantara kita yang apabila habisnya waktu bekerja, terus bergegas ke bazaar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka.
Tidak kurang juga ada diantara kita yang terus balik ke rumah untuk memasak dan menyediakan sendiri makanan berbuka bagi keluarga tercinta.
Aku, sebagai lelaki tidak kurang juga sibuknya. Sebagai seorang ayah dan juga suami, kadang kala tanggungjawab untuk menyediakan makanan terletak dibahu aku.
Ini kerana, waktu kerja isteri yang selalu habis lambat membuatkan dia selalu sampai lewat kerumah.
Jadi, antara salah satu cara untuk aku menjaga hati dia, aku sediakan minuman baginya untuk mengurangkan rasa penat bekerja.
Minuman itu, yang tak semestinya kompleks untuk dibuat, tetapi kadang-kala cukup sekadar ianya adalah air kordial ataupun air berperisa. Yang penting, bila isteri minum.. sejuk hatinya.
Okay.. disebabkan kita bercerita tentang minuman, ada satu resipi mudah yang ingin aku kongsikan.
Resipi ini yang boleh dibuat tanpa mengira masa, sesuai untuk diminum ketika kita sedang berehat bersama keluarga ataupun boleh juga dibuat pelengkap ketika berbuka puasa.
Resipi Ice Blended Yeo’s Teh Kundur Dan Longan
Tercetusnya idea ini apabila sekarang kan musim panas. Maka disamping kita meminum Ice Blended Yeo’s Teh Kundur Dan Longan yang sejuk ini, teh kundur itu sendiri berfungsi sebagai agen untuk menyejukkan badan disamping ianya juga memberikan tenaga kepada tubuh badan kita.
Bahan-bahan:
- 1 kotak Yeo’s Teh Kundur
- Susu cair isian sejat
- Buah longan
Cara-cara membuatnya
- Bekukan dulu Yeo’s Teh Kundur didalam peti sejuk (korang boleh gunakan bekas kiub ais untuk menjadikannya kiub-kiub ais yang kecil)
- Setelah Yeo’s Teh Kundur telah beku menjadi kiub ais, masukkannya kedalam blender bersama dengan sedikit susu cair.
- Blend-kan ia sehingga hancur
- Tuangkan kedalam gelas dan susun beberapa biji buah longan diatasnya.
Perlu dinyatakan disini, sukatan adalah mengikut citarasa sendiri. Oleh kerana Yeo’s Teh Kundur adalah minuman tanpa gula dan pengawet berlebihan, mungkin ada diantara korang yang perlu memasukkan sedikit madu bagi menaikkan lagi rasa manis ice blended ini (Bagi aku dah tak perlu dah sebenarnya, sebabnya aku lebih suka lemak-lemak manis).
Oh ya.. the reason why aku guna Yeo’s Teh Kundur, sebabnya ia menggunakan natural ingredient. Minuman Yeo’s tanpa gula tambahan, tanpa pengawet serta memang dah disahkan halal oleh pihak Jakim. Jadi, disini.. Yeo’s memang pilihan aku. Yeayy!
Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua
Bersempena dengan bulan baik ini, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”) sebagai peneraju minuman dan makanan, berhasrat untuk meneruskan acara yang membangkitkan amalan mulia melalui Kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua.
Kempen ini yang menampilkan Kaka Azraff, Shukri Yahaya, AG, Heliza Helmi, Feeya Iskandar dan Faizdickie akan berusaha untuk mengumpulkan dana derma menerusi pembelian produk Yeo’s dimana sumbangan-sumbangan yang diperoleh itu kemudiannya akan disumbangkan kepada ENAM buah rumah anak yatim terpilih yang terletak di kawasan KL & Selangor.
Jadi, sebagai tanda sokongan kita kepada amalan ini, marilah kita sama-sama membeli produk Yeo’s sambil membuat amal ya.
Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan kempen ini, korang boleh layari www.yeos.com.my atau hubungi 1300-80-2828.
p.s: Sambil-sambil menyumbang, korang juga berpeluang untuk menang duit raya yang mencecah nilai RM 58,000!
terima kasih kepada mereka yang mencipta blender.
hasilnya..ice blended la sepanjang zaman.
sedap tu, mesti sejuk je lalu tekak
sedapnyer…boleh try nanti
Minum sejuk2 time berbuka sedap ni.
Rupanya banyak menu yang boleh wat ngn yeos ni kan. Bukan tuk minum camtu je..
Sedapnyaaaaa…. Nanti balik kampung nak buat lah….
Sedap ni…dah rasa sejuk lalu kt anak tekak…longan dengan kundur gabungan mantap…
Miuman segar adalah menu yang pas untuk bebuka puasa ni ..