in

IC Lama Tukar Baru


Akhirnya urusan penukaran kad pengenalan (IC) lama Hafiz yang telah rosak cipnya kepada yang baru dapat diselesaikan di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya dalam tempoh masa yang singkat.

Jabatan pendaftaran negara putrajaya
Pemandangan didalam bangunan JPN..mana satu nak pergi, kasi pilih cepat

Kalau sebelum ini Hafiz selalu terbayangkan bahawa proses penukaran ini mengambil masa yang lama, sebenarnya ia salah sama sekali.

Melalui pengalaman Hafiz sendiri yang datang pada hari sabtu yang lalu..dari bermulanya proses mengambil nombor giliran, mengambil gambar sehinggalah siap kad pengenalan, dianggarkan jumlah masa yang diambil hanyalah 1 jam sahaja. Terbaik..Sesuatu yang betul-betul diluar jangkaan.

Okay, laju..laju jugak. Cuma apa yang Hafiz harapkan bahawa kad pengenalan yang baru ini tidak akan menimbulkan masalah kerosakan cip dan kad terbelah lagi. Gambar muka dah makin kacak, takut nanti tiba-tiba sampai masa nak guna fungsi thumb print jadi rosak pula. Hehe.

Bagi sesiapa yang sukar untuk ke JPN pada hari bekerja, boleh rujuk waktu urusan kaunter JPN 

p/s: Gambar IC tak boleh tunjuk, kena berhati-hati..mana tahu ada yang berniat jahat.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

19 Comments

Leave a Reply
  1. cip memang mudah rosak, tatau kenapa
    yang anak2 semua dah buat ic baru sebab cip rosak
    tapi ic kak jie yg dah warga emas ni guna lebih lama tak rosak lagi

    • Itu la..saya punya ni pun kak lepas 10 tahun baru betul2 rosak..harap2 yang baru ni tak cepat rosak macam orang selalu cakap..malas nak ulang alik tukar baru

  2. errkkkkk??1 jam? kat mana ni? Putrajaya yek?
    Kak sumi punya pun dah rosak cip..asal g bank kene marah jer………..

    Nak tanya gak… kalu tukar cip ambik gambar kat situ gak yek? yg perempuan ada panduan ker apa warna tudung kene pakai……..?? hik3

    • Total 1 jam je kak..pegi sabtu update detail, amik gambar tak sampai setengah jam..hari isnin datang collect tak sampai setengah jam jugak. Hehehe

      Takde kak, saya tengok perempuan main ikut je pakai tudung ape2 pun..macam2 kaler ade..laki plak style korea pun ada..hehe

  3. hanya di Putrajaya dan Kuching sahaja leh siap cepat..kalau cawangan lain kompem 3 bulan..

    p/s:mem aku keje JPN..ehehee

  4. 1 jam tu memang cepat. kalau dulu tu nak tunggu sebulan baru siap…. 🙁
    Tapi rasanya masalah cip dan kad yang mudah terbuka tu dah di atasi oleh JPN kot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *