Ibu Bapa Shopping Di IKEA, Anak Bermain Di Småland

Pertama kali biarkan Khair bermain di Småland (tempat permainan kanak-kanak) didalam IKEA Cheras. Melalui percubaan pertama ini, nampaknya Khair selesa bermain disitu.

Anggaran masa aku tinggalkan dia bermain.. dalam tempoh satu jam. Kalau dikira, cukup sangat dah bagi dia melepaskan hajat untuk bermain bersama kanak-kanak lain sementara aku dan isteri masuk ke dalam IKEA untuk mencari barangan yang ingin dibeli.

Cukup masa, aku pergi ambil Khair.. Dari jauh kelihatan wajahnya tersenyum. Tanda puas dapat bermain. Siap berpeluh sakan sebab berlari ke sana sini. Hohoho.

Untuk maklumam,masuk ke dalam Småland adalah percuma. Pengunjung tak dikenakan sebarang bayaran. Cukup sekadar mendaftarkan butir-butir peribadi, yang kemudiannya akan disemak bersama kad pengenalan (untuk proses pengesahan ketika ingin mengambil anak nanti).

So far, jika dilihat dari segi keselesaan tempat bermain.. Småland kelihatan bersih dan terjaga. Jika dibandingkan dengan tempat permainan lain, Småland tampak lebih eksklusif biarpun percuma.

Dan yang paling best, bilamana situasi yang sering kita lihat di kebanyakan tempat permainan lain.. ibu atau ayah boleh simply dukung anak keluar daripada tempat permainan (orang nak culik pun senang), tetapi di sini memang tak boleh.

Disebelah kiri tu bukan pintu, tetapi cermin kaca untuk penjaga tengok daripada luar.

Småland, dijaga dengan rapi. Dan ianya juga sebuah kawasan permainan yang luas dan tertutup.

Jadi, no worries sangat lah kan kalau nak shopping di Ikea lepas ni. Kalau rasa-rasa tak nak anak membuas ketika kita nak beli barang, boleh tinggal je diorang bermain disini. Diorang happy, kita tak pening kepala. 😉

p.s: Jangan risau, safety is their main priority.

Nota – Baca juga proses refund barang yang telah dibeli di IKEA.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 3 Comments

    Leave a Reply
    1. ok jugak ni kalau yang dah besar macam khair tak de la dia boring melayan mak bapak shopping pastu ngamuk2 bosan heheheh,kalau macam ni kita nak cari barang pun tenang.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Bila Anak Ada Masalah Sakit Nak Kencing

    MyTOWN Shopping Centre Dan Hadiah Contest Selfie Bernilai RM10,000