in ,

I Art You Malaysia


Sempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-55, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) telah mengambil inisiatif untuk melancarkan projek “Planting Tomorrow“. Salah satu cabang projek itu ialah “I Art You Malaysia” yang bertujuan untuk mempamerkan lukisan-lukisan hasil dari kerja tangan 2 kumpulan kanak-kanak sekolah rendah Semenanjung dan juga Sabah Sarawak, tentang pemahaman mereka terhadap erti kemerdekaan. Boleh lihat video ini>>

Dalam usaha untuk mempromosikan projek ini kepada orang ramai, Petronas mengambil pendekatan unik iaitu dengan meletakkan dua lukisan mural seakan-akan ‘graffiti art‘ bersaiz besar yang mampu menarik minat orang ramai untuk berkunjung ke pameran lukisan tersebut, berhampiran dengan pintu gerbang KLCC.

Yeah..

Cantik dan colourful

2 tarikh penting diselitkan

I Love Malaysia

Again..I Love Malaysia!

Pameran lukisan-lukisan kreatif tersebut yang bertempat di Galeri Petronas, KLCC berlangsung pada 14 Ogos 2012 – 30 September 2012 secara tak langsung turut menggalakkan orang ramai yang sempat berkunjung untuk menghayati dan menghargai kemerdekaan yang telah dikecapi oleh negara kita. Memang cantik lukisan-lukisan mereka.

Hasil tangan kanak-kanak cilik.

Tanda sokongan rakyat Malaysia

Antara lukisan yang dipamerkan

Dan oleh kerana jiwa kanak-kanak ini masih suci dan tidak dijajah oleh pemikiran-pemikiran negatif sesetengah pihak, Hafiz dapat rasakan projek ini berjaya dalam menerapkan penghayatan kemerdekaan dalam hati kanak-kanak. Usaha yang dijalankan oleh pihak Petronas secara tidak langsung memupuk semangat cintakan negara dan menanam minat terhadap sejarah negara. Thumbs Up Petronas!

Jom datang saksikan sendiri dan berikan sokongan moral kepada mereka dengan mengunjungi pameran ini di Galeri PETRONAS yang terletak di tingkat tiga Suria KLCC. FREE Admission! Dan jangan dilupakan untuk like projek ini di Facebook.

Galeri PETRONAS
Level 3 Suria KLCC, Jalan Ampang
Kuala Lumpur 50088 Malaysia
+60321077770 ; 21077773 ; 21077778

 


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

18 Comments

Leave a Reply
  1. sempoi laa…. hasil gambar nie boleh masuk galeri nie… cuma time nie tak dapat pergi la sebab ada hal aritu… huhuhu

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *