in

Hypr.my scam?


Jika korang merasakan peluang untuk menjana income secara online itu sukar, korang sebenarnya salah! Dipasaran tempatan sendiri masih ada platform yang menyediakan program CPC yang berbaloi kepada mereka yang ingin menjana side income secara online. Yang terbaru adalah Hypr.my.

Dengan kos anggaran RM0.20 bagi setiap klik yang diterima daripada pengunjung, program ini dilihat sebagai program CPC yang menguntungkan bagi sesiapa saja yang turut serta; tidak kira anda sebagai seorang pengguna tegar sosial media, penulis blog atau juga internet marketer.

Apa yang diperlukan untuk korang menjana income melalui platforn Hypr.my ini adalah hanya dengan berkongsikan pautan-pautan kempen yang ditawarkan. Sebagai contoh – http://hypr.my/tracking/Gkp9aQu8LxGaCPmsF4mLVkOK6Xe2xW

Melalui kemudahan menjana income hanya dengan perkongsian pautan seperti yang diminta, tidak mustahil untuk mengatakan bahawa ia adalah lubuk paling mudah bagi mereka yang aktif di sosial media untuk menjana income yang tinggi setiap bulan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai follower yang ramai. Follower ramai, klik banyak.. income lebat. Mudah kan?

Tapi perlu dinyatakan terlebih dahulu, kelihatan Hypr.my masih diperingkat beta. Percubaan aku selama beberapa hari mendapati selepas earning hampir mencecah minimum cash out (RM50), server mereka mengalami masalah.

Update:

Tetapi, selepas beberapa hari, server kembali pulih. Dan, percubaan untuk aku cash out earning bernilai XX pun berjaya dilakukan tanpa ada masalah.

p.s: Pada awalnya, aku sangkakan scam. Tapi rupa-rupanya tidak. Syukur alhamdulillah.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

7 Comments

Leave a Reply
  1. Ada benda baru rupanya. Tak pernah tahu pulak sebelum ni. Hmm… nak tunggu ada yang dah cash out dan dapat earning masuk bank dulu

Leave a Reply to Thehaikal Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *