Hukum Mempamerkan Gambar Mendedah Aurat

Salam semua. Ramadhan telah meninggalkan kita. Digantikan pula dengan Syawal. Mesti ramai sekarang ni yang tengah berlumba-lumba untuk muat naik gambar raya. Tak kurang juga bagi photographer-photographer dan blogger-blogger yang telah lama “bercuti“. Masing-masing mula mempamerkan hasil kerja masing-masing. Kalau Ramadhan yang lepas, wall Facebook dan entri blog cukup cantik dipenuhi dengan mutiara kata Islam. Tapi sekarang, penuh pula dengan gambar-gambar kurang sopan. Bertambah teruk bila ada yang mula mempamerkan gambar-gambar model perempuan tidak menutup aurat dan seksi.

Cuma satu perkataan yang boleh Hafiz tujukan kepada golongan ini, “DESPERATE“.

Perlu diingatkan, setiap kelakuan ada hukum hakamnya. Berikut adalah jawapan dari Ustaz Azhar Idrus tentang permasalahan ini, dipetik dari laman web Digital Mukmin

  1. Apa hukum kita mengambil gambar model2 yang mendedahkan aurat ( model wanita terutamanya). – Jawapan : Haram samada model lelaki, wanita atau khunsa.
  2. Lepas shoot kite sebarkan dengan upload dalam Facebook, or mane2 forum. Adakah kita turut mendapat dosa dalam kes penyebaran gambar2 sebegini rupa? – Jawapan : Setiap yg haram dilihat maka haram pula diperlihatkan kpd org lain samada dimuatkan pd majalah, akhbar, internet dll. Selama mana gambar2 tersebut belum di delete, maka selama itulah potografer mendapat saham dosa.

Wallahua’lam

So, dah fahamkan jawapan-jawapan diatas? Harap-harap lepas ni takdelah lagi benda-benda macam ni. Aminn.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 3 Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Koleksi Pantun Hari Raya Aidilfitri

    The Pool – Destinasi Malam Bersuasana Kontemporari