in

Hukum Hudud Di Brunei


Hari bersejarah bagi Brunei dalam konteks mengimplentasikan syariah Islam apabila hukum hudud diumumkan secara rasminya sebagai undang-undang yang sah bagi penduduk Islam disana.
hukum hudud sultan brunei
Mengikut petikan daripada keratan akhbar diatas sebanyak 70% daripada penduduk Brunei merupakan penganut agama Islam dimana ia menjadikan Brunei salah sebuah negara Islam dirantau Asean selain Malaysia dan Indonesia.

Secara peribadinya, aku setuju dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Brunei berkenaan dengan hudud kerana hukuman yang berlandaskan islam ini telah diketahui umum dapat membantu untuk mengawal permasalahan dan kekufuran yang semakin hari semakin meningkat.

Mungkin sekiranya hukum sebegini diamalkan juga di Malaysia, akan ada suara-suara sumbang diluar sana yang mengeluarkan kenyataan berbau sinis bahawa berkemungkinan besar akan meningkatnya bilangan orang yang cacat kudung akibat dipotong tangannya kerana mencuri ataupun hukuman yang terlalu kejam akibat direjam kerana perbuatan zina.

Tetapi apabila difikirkan semula, tidakkah hukuman sebegitu merupakan suatu yang bagus lagi efektif berbanding hukuman denda dan penjara yang diamalkan untuk sekian lamanya. Disamping itu, hukuman yang dianggap kejam ini juga dapat menimbulkan rasa takut bagi sebilangan umat Islam diluar sana supaya lebih berkelakuan baik sekaligus membolehkan mereka berfikir secara matang akan batas-batas kelakuan mereka.

Di Malaysia, bilangan kes buang anak, mencuri, meragut, membunuh, rasuah dan minum arak secara terbuka meningkat dari hari ke hari. Walaupun beberapa langkah tindakan telah dilakukan, tetapi ianya seperti perbuatan yang sia-sia. Jadi, jika ditanya kepada aku secara peribadi..jujur aku katakan, hukum hudud wajib dilakukan secepat yang mungkin bagi membendung gejala-gejala yang tidak diingini meningkat.

Janganlah kerana takut akan kehilangan pangkat dan harta yang dimiliki sekarang, membuatkan kita tidak berani untuk melaksanakan hukum Allah s.w.t. Tapi takutlah akan penyeksaan yang akan diterima dihari pembalasan kelak.

p/s: Sekadar pendapat peribadi yang tidak seberapa. Tidak ditujukan kepada individu tertentu. Juga sebagai peringatan kepada diri sendiri.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

8 Comments

Leave a Reply
  1. setuju dengan pandangan yang diberikan… mudah-mudahan akan terbuka hati insan-insan yang berada ‘diatas’ itu untuk turun melaksanakan undang-undang ini…

  2. Jika dibandingkan negara2 yg telah lama mengamalkan hukum hudud dengan negara2 bukan Islam. Gejala nagatif seperti rasuah lebih tinggi di negara yg ada hudud dgn bukan Islam. Bukan kita anti hudud, perlaksanaan hudud itu sendiri adakah dibuat dengan betul. Lain negara lain pula cara hukumannya. Apa kata kalau semua negara Islam melalui pertubuhan dunia Islamnya standardkan tatacara perbicaraan dan jatuh hukumannya. Demgan itu Islam pasti di pandang tinggi. Insya Alah.

Leave a Reply to Sufi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *