in

Hot Bangi Char Koay Teow


Bagi penggemar char koay teow, di seksyen 9 Bandar Baru Bangi terdapat satu kedai makan yang dinamakan Hot Bangi Char Koay Teow.

wpid-Hot-Bangi-char-koay-teow-sedap.jpg

Nak kata kedai baru tidak lah baru sangat, sebelum ini pun pernah je beberapa kali aku sekeluarga makan di sana.

Menu utamanya yang dihidangkan adalah char koay teow yang divariasikan dengan tiga pilihan hidangan iaitu kecil, besar dan special. Perbezaannya cuma pada kuantiti.

wpid-Char-Koay-Teow-sedap.jpg

Dan disebabkan semasa kunjungan aku kesana, hanya aku berdua bersama isteri sahaja (honeymoon, orang lain balik kampung), jadi char koay teow special jadi pilihan.

wpid-Char-Koay-Teow-sedap-Hot-Bangi.jpg

Bagi aku, char koay teow yang disajikan dimasak dengan secukup rasa masam manis pedas. Dan kiranya agak tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa ia adalah alternatif yang terbaik bagi sesiapa yang mengidam hendak makan char koay teow Pulau Pinang.

Yelah..Kalau nak pergi Pulau Pinang takut jauh sangat lah pula.

Jadi bagi sesiapa yang terasa ingin menjamu selera disini, lokasinya mudah sahaja..dibelakang deretan Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah.

wpid-Hot-Bangi-Char-Koay-Teow.jpg

Oh ya..harga bagi Char Koay Teow yang aku makan tadi murah sahaja, RM6.50 sepinggan.

Juga untuk makluman, kedai ini beroperasi dari jam 4 petang hingga 2 pagi.

p/s: Bukan menu kegemaran, tapi kalau layan sekali sekala okay la.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

20 Comments

Leave a Reply
  1. Cantik heading kedai dya ni… macam pizza hut pun ada… huhuhh janji hot lah kan…

    tengok kakak makan tu macam sedap je bang huhu…

  2. wah! bagi dkna mahal harganya sebab dkna makan kat puchong lagi murah.. tapi total minyak n total…errrmmm..sama banyak jer duit habis hahahaa

  3. Macam sedap jer. Susah betul nak cari Char Koay Teow di Kerteh nih. Dah la susah nak cari, yang sedap lagi la macam misi mustahil.

  4. Emm dah lama tak makan ini makanan…kena sekali tu, char ni rasanya hangit..kempunan satu badan nak makan char kueh tiaw yang sedap, pedas dan menyelerakan..haha

  5. da 2 kali saya pergi kedai ni tp tutup je..saya rase dia da pindah ke tmpt lain sbb signboard kedai pon da xde..sape2 tahu x kat mane dia pindah?char kuey teow dia mmg tip top..!!

Leave a Reply to ema Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *