Hilton Garden Inn Kuala Lumpur, Pilihan Untuk Bajet Sederhana


Kalau teringin nak bermalam di hotel yang berkualiti tinggi tapi dengan bajet yang lebih rendah, aku sarankan korang cuba bermalam di Hilton Garden Inn. Terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, lokasi hotel ini sangat strategik bagi mereka yang dah berpenat lelah membeli belah di kompleks-kompleks membeli belah disekitarnya.

Baru saja dibuka pada tahun lepas, Hilton Garden Inn merupakan mid range hotel yang pertama dalam rangkaian perniagaan jenama Hilton yang dibuka di Malaysia.

Melihat kepada bilik-bilik yang ditawarkan disini, terdapat beberapa pilihan yang boleh dipilih; dimana pada harga bermula RM160++, pengunjung boleh bermalam di standard room. Manakala untuk suasana yang lebih selesa di deluxe room, ianya ditawarkan pada harga bermula RM190++.

Tarikan utama Hilton Garden Inn ini selain daripada harga yang murah, ia turut menawarkan kafe yang cantik dan menu-menu makanan yang enak.

Oleh kerana lokasinya yang berdekatan dengan Jalan Chow Kit, kafe utama mereka iaitu The Garden Grille, mengambil menu-menu popular disekitar kawasan Jalan Chow Kit itu sendiri sebagai simbolik kepada menu-menu makanan mereka.

Selain daripada itu, gym juga disediakan bagi pengunjung yang mementingkan gaya hidup sihat dan tak dilupakan juga, servis dobi layan diri di aras lobi turut tersedia bagi mereka yang memerlukan.

Nota: Difahamkan selain Hilton Garden Inn di Kuala Lumpur ini, pihak Hilton akan membuka dua lagi cawangan Hilton Garden Inn di Puchong dan Shah Alam, sekaligus memberikan pilihan yang lebih meluas buat pengunjung untuk menginap di hotel yang lebih selesa dengan harga yang lebih rendah.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari Hiltongardeninn3.hilton.com.



7 KOMEN

  1. Bangunan ini sudah beberapa kali bertukar jenama hotel. Tidak tahu kenapa. Sebelum hotel Cititel. Jenama besar tapi tutup. Harap Hilton ni kekal. Kalau tutup juga mungkin ada sesuatu yang tidak kena.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini