Lately tengah hot berkenaan jangkitan HFMD dikalangan kanak-kanak. Sampaikan aku sendiri pun rasa risau nak hantar anak pergi taska. Takutlah ada yang tak perasan anak-anak ada simptom HFMD, sekaligus menjadi penyebar virus durjana tu.
Haih.. Cukuplah pengalaman Khair terkena HFMD dulu sekali, rasa serik dah nak alami situasi tu lagi.
By the way, terjumpa satu perkongsian menarik untuk korang boleh jadikan rujukan juga. Cara tradisional untuk bagi rawatan sekiranya anak-anak terkena jangkitan HFMD. Aku copy paste direct je perkongsian tu ke dalam blog.
Anak saya baru je baik. Seminggu kena.. dia jerit-jerit sakit tak boleh makan. Sebab jadi penuh dalam mulut..
Mula-mula ingat kena demam campak.tapi tak sangka kena HFMD.
Saya guna 100% rawatan tradisional cara orang india. Jiran kat rumah saya bagi petua ni.. Alhamdulillah.. dah ok sangat-sangat. Sampai saya bawak pergi hospital swasta doktor pakar kanak-kanak pun puji. Dia cakap pandai saya jaga anak sampai jadi kering elok sakit dia tu.
Ni ada sedikit petua..
First saya bagi anak saya makan aiskrim vanila. Aiskrim ni nak bagi luka dalam mulut reda. Cubalah memang sangat-sangat berkesan.
Kedua: Ambil sebesen air paip. Letakkan di bawah cahaya matahari (saya letak pukul 10.40pagi sampai pukul 1 petang). Masukkan serbuk kunyit satu sudu besar. Biarkan sampai air paip tadi panas-panas suam.
Masukkan juga daun semambu ke dalam air tersebut.
Lepas tu bagi anak kita mandi guna air ni. Jangan bilas dengan air paip. Biarkan air kunyit dan daun semambu ni di badan anak. Untuk dijadikan penawar.
Ketiga: Ramaskan daun semambu @ neem dengan bedak sejuk. Lumurkan ke tangan, kaki kat bahagian yang kena sakit ni. Jangan masukkan dalam mulut tau. Yang dalam mulut tu bagi makan ais krim vanila je.
InsyaAllah. Selepas 2-3 hari pasti akan hilang. Cubalah sebab saya sendiri dah alami.
Nota: Ada terjumpa juga orang kongsi info, guna lotion semambu untuk rawat jangkitan HFMD juga – Lotion semambu untuk HFMD