Helah Sorokkan Folder Dari Pandangan Mata Kasar

Tuan-tuan dan puan-puan, cik adik dan cik abang, hari ni Hafiz nak tunjuk satu simple trick bagi pengguna Windows. Trick ini mungkin berguna bagi user yang berjiwa “nakal” atau pun “berahsia”. Tanpa menggunakan apa-apa software, korang boleh sorokkan folder peribadi korang daripada pandangan mata kasar orang lain.

Ia berlainan dengan fungsi “Hidden” yang tersedia dalam “Properties” apabila korang klik kanan pada mouse. Untuk fungsi tersebut korang perlu bermain dengan “Folder Options“, tapi untuk fungsi ini ia hanyalah kod simple yang akan membuatkan folder korang “Ada, tapi tak tiada“. Tak faham? Aku pun tak faham. Huahuahua.

Rujuk step bergambar di bawah, dan korang pasti akan faham.

1. Create atau pilih folder peribadi

2. Tekan “F2” atau klik kanan “Rename”, kemudian tekan “Alt” diikuti nombor “0160” atau “255“. Enter. Nama folder akan hilang.

3. Klik kanan pada folder, Properties > Customize > Change Icon. Pilih icon yang transparent atau invisible. Apply dan OK.

4. Tadaaaa..Dah hilang.

5. Folder masih disitu, tetapi tersorok dari pandangan mata kasar. Boleh lah letak apa-apa file rahsia kat dalam tu.

p/s: Mungkin ada diantara korang yang dah tahu trick ni. Sekadar perkongsian. Jangan letak gambar terlalu peribadi. Kalau tersebar nanti susah.

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

11 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wordless Wednesday : Anak Adiputra, Zara Adelia Haadi

Live Streaming Dari Makkah – Sempena Aidiladha