in

Haziq Warded Lagi Sebab Mycoplasma Pneumonia


Aku lost count berapa kali dah Haziq kena warded sebenarnya. Aku tanya wife dia kata tahun lepas last bulan November. Tahun ni pulak bulan Ogos. Sakitnya macam biasa, relate dengan paru-paru. Tapi kali ni doktor cakap sebab mycoplasma pneumonia.

Aku tak tahu nak terang detail macam mana, tapi kalau bila Haziq kena mycoplasma pneumonia ni.. dia akan batuk tak berhenti-henti. Kena bagi dia minum air dalam botol susu secara berterusan supaya batuk tu stop sekejap.

Bila masuk wad, doktor bagi ubat melalui drip.. kalau tak silap aku nama ubat tu Hydrocortisone kot. Ubat ni ngilu sikit bila masuk dalam tangan.

Tapi sebab nak alih perhatian Haziq daripada rasa sakit time bagi ubat.. aku banyak kali cakap kat dia.. “Kalau Haziq tak nangis masa doktor bagi ubat, daddy bagi Hotwheels”.

Ajaibnya, trik ni menjadi maybe sebab Haziq ni memang jenis peminat Hotwheels, maka keinginan mengatasi kesakitan. Hahaha.

By the way, untuk masuk wad kali ni adalah rekod bermalam di hospital paling lama.. 8 hari. Sampaikan ibu yang jaga dia kat hospital pun turut kena warded, sebab ibu kena asthma attack. Sian ibu.

Dan aku pulak, kena berkejar ke sana ke mari.. Sebab ada Khair dan Aidan kat rumah pun masih nak kena jaga. Mujurlah sepanjang tempoh 8 hari ada bantuan mak ayah aku dan adik aku.. so mudah la sikit urusan.

Nasib baik jugak aku masih mampu mengekalkan kesihatan, kalau aku pun jatuh sakit time diorang warded hari tu.. haru gak. Hohoho.

p.s: 8 hari warded.. total bil RM13,000. Gilo.. Lega bukan kena bayar sendiri. Alhamdulillah.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *