Aku sebenarnya tak berapa nak ingat berapa kali dah Haziq kena tahan wad. Tapi kalau ikutkan rekod catatan yang pernah aku kongsikan dalam blog, nampaknya kali ini dah masuk kali ke-2 (tak termasuk kes bermalam di NICU ketika baru dilahirkan dulu).

Kali pertama, dia dimasukkan ke wad KPJ disebabkan oleh Roseola.

Kali kedua ini pulak, bermalam di wad KPJ jugak disebabkan acute bronchitis (batuk + kahak selsema) yang berlanjutan.

Compare dengan kes batuk yang Haziq pernah kena, batuk dia yang lama dulu tak berlanjutan macam sekarang. Sekadar dalam seminggu macam tu dah hilang.

Tapi untuk kes batuk terbaru ini, batuknya berlanjutan sampai dah ambil antibiotik untuk seminggu pun.. lepas off antibiotik, batuk dan selsema tu datang balik.

Lepas sedut nebulizer kat klinik, berkurang sikit. Tapi lepas dah habis kesan ubat, jadi teruk semula.

Kat rumah pulak, doktor dah bekalkan dengan inhaler flixotide + ventolin. Flixotide tu kena maintain untuk berminggu kot. Sebab takut melarat.

Hmm..

Bila melibatkan batuk selsema, memang aku dan wife jadi risau. Yela.. Sebab melibatkan paru-paru kan. Dah la sekarang ada macam-macam kes.

So, buat masa sekarang mampu serahkan segala urusan pemeriksaan pada doktor pakar sepenuhnya. Harap-harap Haziq sembuh dengan cepat. Tak sampai hati weh bila tengok dia asyik menahan sakit je.

Hmm.. kalau lah sakit boleh transfer pada daddy..

3 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini