Haziq Jam 1.00 Pagi

Jam 1.00 pagi, Haziq terjaga dari tidur. Aku fikirkan lapar macam hari-hari biasa. Tapi lepas minum susu, selang 5-10 minit dia sambung menangis.

Aku dodoikan dia untuk lebih kurang 10 minit. Tapi tak ada tanda-tanda dia tenang dan nak sambung tidur.

Waktu-waktu macam ni kalau dah banyak kali dodoi tapi tak jalan, aku dah stress dah. Yela, sebab sejam yang lalu pun dia dah bangun nak minum susu. Rasa diawang-awangan sekejap sebab mamai bangun tidur sejam sekali. Hohoho.

Disebabkan lama Haziq menangis, wife bangun untuk take turn jaga Haziq. Dia nampak aku stress, terus aku kena marah. Actually salah aku jugak, tak istighfar banyak-banyak. Maybe sebab penat sangat kot hari ni, level kesabaran aku jadi nipis. Sorry Haziq, my bad.

Masa giliran wife jaga, dia sambung bagi susu. Haziq minum, tapi selang beberapa minit, wife datang kejutkan aku yang baru nak terlelap dengan nada panik.

Tengok badan Haziq ni..

Aduhh..

Terus aku hilang rasa mengantuk. Awat jadi lagu ni. Malam tadi pergi klinik sebab Haziq ada gatal-gatal. Doktor bagi antibiotik. Tapi lepas makan, jadi lagi teruk.

Demmm.. terus aku ajak wife pergi KPJ. Dia pun dalam masa yang sama call Doktor Mahani yang sebelum ni pernah jaga Haziq dan Khair masa pernah warded dulu. Dia advise, pergi emergency.

So, tanpa berlengah. Kitorang pack barang, export Khair yang tengah lena ke rumah mak aku kemudian terus shoot ke KPJ Kajang. Dan.. sebelum tu Haziq ada muntah dulu sekali. Kena lapkan dulu tempat dia muntah. Fuhhh..

Sampai je KPJ. Kitorang register.. Jumpa doktor.. Kemudian lepas beberapa minit consultation, baru dapat tahu..

Haziq.. mungkin alergi ubat antibiotik yang berasaskan penicilin. That’s why rashes dia makin menjadi-jadi.

Dan untuk counter alergi dia, doktor yang bertugas di emergency KPJ bagi ubat baru. Antamin syrup dan juga Calamine lotion. Antamin syrup untuk kurangkan alergi dan gatal-gatal merah pada badan dia, manakala Calamine lotion untuk redakan kerangsangan pada kulit dia.

Hmm.. dalam hati. Berdoa sangat-sangat supaya lepas ni Haziq boleh tidur lena dan pulih seperti biasa.

Update 14/7/17: Ibu bawa Haziq pergi KPJ lagi sekali sebab tak ada tanda-tanda pengurangan. Kali ni jumpa terus jumpa Doktor Mahani, Paediatricians. Dia bagi ubat baru iaitu Prednisolone (untuk counter allergy), Zithromax (antibiotik) dan juga Mupirocin Ointment USP (ubat sapu untuk kurangkan allergy).

15/7/17: Hanya selepas menggunakan ubat yang diberikan oleh Dr.Mahani, barulah merah-merah dibadan Haziq berkurangan. Yeay!

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Placeit.net – Menyediakan Koleksi Mockup Secara Percuma

    Perisian Untuk Menukar Pergerakan Bibir Mengikut Audio Yang Dimainkan