Empat orang anak aku (seorang tu yang perempuan, Allah lebih sayang), semua aku cuba bagi kasih sayang yang sama rata. Tapi dalam ramai-ramai, Haziq ni dia kena ada special care. Sebab dia dulu lahir pra matang, menjadikan dia agak fragile terhadap persekitaran.
Fragile maksud aku kat sini, dia mudah jatuh sakit. Antibodi dia tak sekuat yang lain. Contoh kalau selsema, dia paling awal kena dan paling last nak sembuh.
Kalau ikut rekod, Haziq jugak paling kerap kena warded. Sampai aku lost count dah berapa kali dia bermalam kat hospital. Boleh kata 3-4 kali dalam setahun.
Dan punca dia warded pulak, setakat ni hampir kesemuanya berkaitan dengan pernafasan (paru-paru).. Acute bronchitis, Pneumonia, Influenza A. Semua ni kena tak tentu masa, tapi biasanya kalau nampak dia bersin atau start batuk agak kerap.. itu dah kira signal yang kuat untuk aku dan wife standby apa yang patut.
Inhaler Ventolin dengan Flixotide memang dah sentiasa on. Pam Ventolin (biru) setiap 4 jam, Flixotide (oren) pulak 2 kali sehari.
Cuma kalau keadaan jadi teruk, terpaksa cepat-cepat refer ke Paediatrician kat Hospital Pakar Annur terus (pergi sini sebab paling dekat dengan rumah). Nak kena ambik neb. Pergi klinik biasa.. tak membantu, sebab doktor biasa akan prescribe ubat-ubatan yang biasa dan ubat-ubat tu tak biasanya membantu mana pun.
Pernah beberapa kali kalau ikutkan plan, ada hari yang kitorang nak pergi bercuti atau kenduri kat kampung. Tapi bila nampak Haziq dah start bagi signal.. plan terus automatik cancel. Tak sanggup ambik risiko. Dan kebiasaanya memang tak lama lepas tu, terus dia akan ditahan kat wad.
Dugaan.. nak buat macam mana kan. Sebaik-baik perancangan adalah daripadaNya.
Itu belum lagi cerita bab rutin 4 bulan sekali ke Hospital Putrajaya untuk ambil darah dan ubat L-Tyrosine yang dia kena ambik setiap hari. Sebab kelahiran pra matangnya menyebabkan kelenjar tiroid Haziq ni agak slow develop. Dipanggil Hypothyroidism. – So pengambilan ubat L-Tyrosine akan bantu increase level hormon dan improve beberapa fungsi badan yang sangat diperlukan Haziq sepanjang proses dia membesar.
Jujurnya kalau ikutkan perasaan.. memang akan ada waktu yang kita rasa stress dan bila tengok dia cepat jatuh sakit. Especially bila melibatkan kena cuti kerja. Yelah masuk wad paling kurang 4-5 hari. Cuti tahunan memang banyak habis untuk dia je. Dan unpaid leave pulak.. memang tak payah cakap, dah macam rutin bulanan. Hahaha.
Tapi siapalah kita untuk merungutkan.. Haziq bukan minta dilahirkan macam tu. Aku tahu dia pun struggle nak jadi sihat macam orang lain.. Kerap aku tersentuh hati bila pergi kedai makan, orang lain order air berais.. dia sendiri order air yang suam. Sebab katanya tak boleh minum air sejuk. Nanti Haziq batuk. Aduhai anak.. dia pun dah sendiri faham.
Dia pun boleh kuat menahan nafsu sampai tahap tu.. inshaAllah, aku sebagai parent akan cuba yang terbaik jugak untuk jaga amanat Allah ni sebaik mungkin tanpa sedikit pun rasa penyesalan.
Gambar ni.. haa ubat-ubat yang baru ambik dekat hospital pakar Annur. Sebelum ni koleksi ubat dia lain sikit, tapi bila dah macam kurang berkesan.. Doktor decide untuk tukar ubat lain pulak. Dulu nama-nama ubat aku tak kenal, sekarang sampai dah boleh hafal satu-satu. Hohoho.