in

Haziq Dah Pandai Sebut Nombor


Umur setahun 11 bulan, dah tahu sebut satu hingga tiga belas. Aku tak syak benda lain, ni mesti sebab terikut-ikut Youtube. Ye la, bila dah selalu sangat tengok dalam handphone ibu dia.. so sekarang, bila tengok nombor je terus mengira. Kiranya ada kesan positif jugak lah kan Youtube ni.

Ya.. ya.. aku tak bagi tengok Youtube selalu pun. Aku pantau juga. Jangan lah nak kecam sangat. Zaman Gen-Z ni banyak melibatkan teknologi, jadi takkan la aku nak halang diorang daripada mengikut peredaran zaman kan. Kena pandai-pandai handle situasi.

By the way, entri ni lebih kepada personal. Nak simpan rekod Haziq dah mula pandai mengira. Bagi korang mungkin tak ada apa sangat pun, tapi bagi aku.. ada sentimental value yang sangat ternilai harganya. Hohoho


SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge