Hati-hati.. Dia Dah Ada Gigi!

Happy moment bila nampak kat gusi Haziq dah tumbuh gigi. 2 batang kat bawah, kecil cenonet je. Tapi serius, baby kalau mula tumbuh gigi nampak sangat comel.

Bilamana setiap kali ternampak gigi tu.. terus rasa geram. Dengan aksinya terjelir-jelir keluarkan lidah (mungkin sebab tak berapa selesa ada benda keras muncul atas gusi agaknya). Daddy ketap gigi je sampai terasa nak cubit pipi bulat, walhal pipi tak ada kena mengena pun dalam hal ni sebenarnya. Hahaha.

By the way, dengan kehadiran dua batang gigi ini bermakna orang disekeliling kena lebih berhati-hati bila bermain dengan dia. Sebabnya.. Haziq dah jadi baby Shark!

Kalau terleka.. mungkin anggota badan korang akan menjadi mangsa gigitan beliau. Hahaha.

Sori Haziq.. Waktu nangis ni je daddy sempat snap gambar gigi tu. Hehehe

p.s: So far Alhamdulillah, masa tumbuh gigi tak ada pulak dia demam.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *