Ngeri betul bila baca berita PTPTN sedang mengganas.
Segala butiran-butiran peminjam loan dikemas kini secara besar-besaran. Sehingga timbul satu isu dimana ada peminjam yang membayar pinjaman pelajarannya secara konsisten pun turut terkena tempias.
Hoho.. memang all out betul ya PTPTN kali ni. Dah serupa Ah-long sebab nak kejar peminjam-peminjam supaya bayar baki loan tertunggak masing-masing. Hmmm..
Tapi kalau fikir balik.. Nak marah tak boleh juga. Sebab mereka ni hanya laksanakan tanggungjawab, makan gaji. Arahan keluar, mereka ikut.
Peminjam buat hal, itu memang sendiri cari nahas namanya.
Kalau aku sekali pun bila orang dah pinjam duit, takkan nak diam beb. Hohoho
Walau apahal sekalipun.. hidup aku dengan PTPTN cuma berkait rapat bila mana isteri aku adalah salah seorang peminjam pinjaman tersebut.
Tetapi.. Alhamdulillah, setakat ni dia masih bersih dan belum termasuk dalam senarai hitam PTPTN. Tak liat bayar, inshaAllah selamat. Hehehe.
Cuma kadang-kadang tu datang risau juga, mana tahu PTPTN tiba-tiba buat onar. Jadi, semakan dari semasa ke semasa perlu dibuat .
Untuk semakan sama ada korang disenarai hitam ataupun tidak, login je web eform.ptptn.gov.my/blacklist/
Klik butang semak, masukkan nombor kad pengenalan dan tekan butang “SEMAK” lagi sekali. Dan, hasilnya nanti akan terpampanglah keputusan semakan.
p.s: Mujur aku dapat loan Mara, tu pun dah nak habis bayar dah. Dengar kata sekarang ni tengah ada diskaun 50% kalau bayar lump sum. Tengah apply, mana tahu nasib baik dapat diskaun lagi.
Memang risau dengan kegilaan PTPTN sekarang ni, tapi syukur la tiada apa yang nak dibimbangkan sebab loan rumah ke apa semua tak perlu nak apply lagi..so, nama pun bersih bila check dalam senarai blacklist, cuma dalam ccris terbaru tu tak check status
semoga peminjan PTPTN dapat bayar hutang mereka.
Ada yang kena buat part time untuk bayar hutang pelajaran ni. Sama macam saya.
Ngeri bila fikir PTPTN huhu.. taktau bila abih nak bayar.. asyik dok kena topup caj perkhidmatan kalau tak bayar.. hope nanti cari jalan bayar ada diskaun
Itulah, kadang-kadang cek baki, tengok macam tak bergerak. Harap lepas ni pihak PTPTN memudahkan pelajar membayar dan memberikan rebat yang banyak. – Student Yang Susah