in

Hasil Selepas Join Kelas Belajar Buat Blog Bersama MYSC


Dah beberapa kali aku dan Sohoque anjurkan kelas belajar buat blog dengan WordPress. Ternyata ianya sedikit sebanyak memberikan kepuasan buat diri aku. Sebabnya? Kerana aku dapat berkongsi ilmu yang ada pada aku kepada mereka yang berada disekeliling.

Dan dalam masa yang sama aku juga berpeluang untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai bidang yang aku minat ini menerusi pelbagai jenis soalan yang dilontarkan pada aku.

Well, seperti kata mat saleh.. what you give, you get back. Dalam situasi aku.. Aku beri ilmu, dalam masa yang sama aku dapat ilmu. Gittew.

Merujuk kepada mereka-mereka yang pernah menghadiri kelas, jujur aku katakan mereka kini dah one step forward ke dalam bidang blogging yang kian mencabar ini. Walaupun ada diantara mereka yang agak sukar untuk menangkap apa yang diajar dalam masa yang singkat.

Namun, setelah dimasukkan ke dalam support group WhatsApp, mereka berpeluang untuk bertanya semula sebanyak mana soalan-soalan yang meragukan mereka.

6 tahun kot aku setia bersama blogspot , tetiba baru hari pertama dalam kelas belajar buat blog aku dengan beraninya ber’migrate platform dari blogspot ke wordpress sekali harung beli pakej hosting . Memang sado giler ehh rasanya hati aku waktu itu .

Nyata penghijrahan aku tidak sia-sia sebab aku senantiasa diberi sokongan 24 jam oleh chegu-chegu tersayang diwaktu aku mengalami kemurungan . Mereka berdua sentiasa memberikan aku sokongan bila aku mula down dengan blog sebab aku masih tak faham bagaimana wordpress berfungsi . – petikan daripada artikel “Kelas Belajar Buat Blog Bersama Pakar WordPress Dan SEO

Nak baca testimoni daripada mereka?

Boleh. Tapi maaf, testimoni mereka tidak berbentuk screenshot seperti produk-produk kurus diluar sana.

Tapi ianya berbentuk real-time. Apa yang aku maksudkan disini, korang boleh pergi kelaman Google, dan search “kelas belajar buat blog“.

Disitu nanti akan tersenarai entri-entri perkongsian pengalaman yang mereka coretkan di blog masing-masing. Ianya bukan entri membodek, tapi lebih kepada perkongsian ikhlas.

Untuk memudahkan korang mengenalpasti blog-blog alumni MYSC, mereka diantaranya adalah; modernmumthingy.com, yanieyusuf.com, salinajohari.com, cikza.com dan beberapa blog lagi seperti yang aku quote dibawah.

Banyaknya ilmu yang disampaikan, Ummi tak tahu sepanjang berblog. Sedihnya tuhan sahaja tahu. Rupanya kepakaran menulis yang hebat sekali pun, tanpa medium dan kaedah yang baik , maka terkuburlah penulisan kita. So, jika kita ada kepakaran menulis, naikkanlah branding blog sehingga asbab penulisan kita dapat menjadi salah satu asbab saham akhirat kita. Supaya kita meninggal nanti ilmu yang bermanfaat itu kekal menjadi bahan bacaan dan faedah kepada orang lain.” – Petikan daripada artikel blog Ummi Nani selepas menghadiri kelas belajar buat blog.

Bagi Mommy, sangat berbaloi. Kesedihan Mommy terubat beb. Apatah lagi bila tengok beberapa post Mommy masih maintain di 1st page dan ada juga disenaraikan dalam rank teratas. Kalau korang tak percaya, cuba baca sebab-sebab berbaloi belajar seo dari cikgu Mommy, Hafiz Rahim. Rata-rata student MYSC ada yang berjaya dalam SEO Contest. Hebat!” – Petikan daripada artikel blog YB Shehan selepas menghadiri kelas belajar buat blog.

Lepas hadir kelas asas wordpress dan SEO ni kak Ti jadi lebih celik dan faham apa yang perlu dilakukan dalam berblogging. Bagi kak Ti, kelas yang dikatakan ‘asas’ sebenarya bukan hanya semata-mata kelas asas tapi dah macam kelas advance. Lebih menarik lagi, kami turut diajarkan tips-tips berkenaan penulisan berkesan dan apa yang perlu ada dalam entry kita yang mampu melonjakkan nama blog kita.” Petikan daripada artikel blog Tati Mansur selepas menghadiri kelas belajar buat blog

Well.. merujuk kepada quote daripada artikel Ummi Nani, aku sangat bersetuju dengan kenyataannya itu. Disamping kegunaan blog untuk dijadikan medium untuk pengiklanan kepada perniagaan, blog adalah satu medium untuk berdakwah. Bermula dengan mengetuk papan keyboard, ia boleh menyumbang kepada saham akhirat hanya melalui butang share.

Nota: Berminat nak belajar juga ilmu blogging seperti mereka? Pada 12hb Mei (Sabtu) ini aku dan Sohoque akan anjurkan satu lagi kelas secara santai. Limited seat seperti biasa supaya tumpuan untuk menjawab soalan dapat difokuskan kepada semua secara sama rata. So, siapa cepat dia dapat. Untuk yang berminat, boleh daftar di sini – Kelas belajar buat blog bersama MYSC.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *