in

Hashtag Beremoji Di Twitter Sempena Bulan Ramadan


Berita menarik buat pengguna tegar Twitter apabila mulai hari ini pihak Twitter telah mengeluarkan # (hashtag / tagar) beremoji baru bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini.

Hashtag beremoji ini yang hadir dalam bentuk rumi dan jawi difahamkan menyokong pengguna Twitter yang menggunakan bahasa Arab, Urdu, Indonesia, Malaysia dan Inggeris.

Tiga emoji khas yang diwujudkan setiap kali # dikicau, akan memaparkan gambar pinggan mangkuk, lampu dan bulan purnama dihujung tweet (kicauan) anda.

Dan bagi mengetahui hashtag-hashtag dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Indonesia yang boleh digunakan mulai 16 Mei sehingga 17 Jun 2018 ini, berikut ialah senarainya.

  1. #BukaPuasa
  2. #BulanPuasa
  3. #Iftar
  4. #Kurma
  5. #Ngabuburit
  6. #Puasa
  7. #Ramadan
  8. #Ramadan_Lantern
  9. #RamadanLantern
  10. #RamadanLanterns
  11. #Ramadhan
  12. #Ramazan
  13. #Sahur
  14. #Suhoor
  15. #SuhurRamadan

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *