in

Hari Pertama Ramadhan dan SEO


Alhamdulillah kerana masih diberi peluang oleh-Nya untuk menyambut Ramadhan al -Mubarak

Semua dah sedia maklum even ramai blogger di luar sana yang dah pun membuat entri masing-masing tentang hari pertama Ramadhan. Seperti Hafiz sendiri yang juga membuat entry yang lebih kurang sama, tapi ia lebih menceritakan tentang hubungkait antara Ramadhan dengan dunia blogging dan SEO.

Beberapa hari lepas, Hafiz telah mengeluarkan satu entry dimana ia menceritakan bagaimana Hafiz mendapatkan trafik organik hanya dengan menggunakan keyword yang betul dan bersesuaian. Dan disebabkan sekarang adalah bulan Ramadhan, penggunaan keyword “jadual waktu berbuka“, “waktu berbuka puasa“, “waktu imsak” adalah keyword yang relevan dan menjadi pilihan orang ramai.

Sebagai contoh: Kesan daripada penggunaan keyword-keyword ini ke atas blog Hafiz sendiri, statistik blog HafizRahim menunjukkan sesuatu diluar kebiasaan. Mana-mana entri yang menggunakan keyword tersebut menjadi hit dan secara tak langsung trafik organik hasil carian keyword tersebut merupakan yang tertinggi sejak blog ini dibuka.

 

Jadi, mungkin boleh dijadikan panduan bagi blogger lain sekiranya ada yang diluar sana yang ingin bermain dengan SEO, korang boleh lah menggunakan keyword yang berkaitan dengan Ramadhan. Insyallah akan menjadi.

p/s: Bulan ramadhan bulan penuh rezeki. Oleh kerana menggunakan keyword yang berkaitan dengannya, earning Hafiz dalam komuniti pengiklanan Says.Com makin meningkat. Alhamdulillah..Rezeki anak.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply
  1. Writing great and unique content must be your first priority for your page to get to the top of the rankings. If you have badly written or uninteresting repetitive information people will quickly click away from your page and eventually you will slide back down the rankings to obscurity.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *