Hari Pertama Khair Darjah 1


Selesai hari pertama. Tepat jam 10.00 malam akhirnya aku boleh rehat. Tersandar beb.. tersandar terus. Laki bini tersandar. Macam baru lepas balik jogging 10km non-stop. Well.. Ini baru penangan hari pertama sekolah. Esok-esok tak tahu lah macam mana. Hahaha.

Hopefully semua makin okay la kan. Sebab nak tune in kasi timing ambil hantar anak sekolah bagi cun, bukan perkara mudah. Terus fikir macam ni kat anak.. kalau ko nanti tak belajar rajin-rajin, aku libas ko pakai getah paip. Hahaha. Acah je garang tu.

Well.. first experience hantar Khair masuk sekolah ni memang something yang tak boleh ditukar ganti. Dulu masa Khair masuk pre-school, feel dia lain. Tapi honestly, bila dia dah jejak masuk sekolah rendah ni.. rasa touching dalam diri tu rasa macam lain macam.

Walaupun ko ni bapak-bapak sekalipun, semacam rasa terharu gila tu wujud dalam diri.. sebab jauh di sudut kecil hati ko, ko akan berkata.. anak aku dah besar weh. Masuk sekolah dah ni haa. Antara realiti dan fantasi.. ada tika waktunya, rasa macam tak percaya je situasi tu depan mata (Tak apa.. korang tak faham sekarang pun aku tak kisah. Nanti-nanti korang ada anak masuk sekolah, korang tahu la macam mana feel dia.. Hahaha).

By the way, first day ni.. cukup sekadar aku jadikan entri ni sebagai nota peribadi aku untuk bacaan orang ramai. Saja kongsi kot-kot ada orang nak baca. Hehehe.

Rutin harian Khair bertukar. Bilamana pagi, dia dah mula pergi kelas Kafa. Habis kelas Kafa, balik rehat kejap.. Lepas tu sambung pulak pergi sekolah kebangsaan. Penat? Mungkin. Tapi so far bagi Khair, Alhamdulillah.. dia macam ok.

Kelas KAFA
Sekolah kebangsaan

Walaupun bila ditanya dia berkali-kali jawab tak penat, tapi aku dah kenal dia lama dah. Mesti ada penat jugak sebenarnya tu. Cuma memandangkan dia ada kawan-kawan baru, penat tu dilupakan sebab excited nak bermain. Hahaha.

Nota kaki:

Since Khair sebelum ni dah masuk pre-school, hari pertama di kelas KAFA dan sekolah kebangsaan berjalan dengan lancar. Takut? Tak. Nangis? Pun tak. Sebaliknya maintain chillax sambil cuba beramah-mesra dengan rakan-rakan baru (part ni daddy tak risau). Cuma, daddy risau bab nak membeli kat kantin je.

Mee goreng, kuey teow goreng, nasi goreng.. semua RM1. Kecuali nasi ayam RM3. Air kotak RM1, calciyum pulak Rm1.50.

Tadi pun masih nampak dia terkial-kial nak keluarkan dan kira duit yang perlu dibayar kalau nak beli makanan, dan dia sendiri pun pada mulanya nampak confuse macam mana nak beli makanan yang dia nak. Hohoho.. daddy ada beberapa hari lagi untuk monitor. Hopefully tomorrow will be better la kan. InshaAllah. 🙂


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini