Hari ni bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-55, baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengisytiharkan secara rasminya bahawa cuti hari minggu bagi negeri Johor bakal ditukarkan kepada hari Jumaat dan Sabtu bermula pada 1 Januari 2014.
Alhamdulillah. Satu keputusan yang aku sokong sepenuhnya.
Jika dilihat secara positif..selain Terengganu, Kelantan dan juga Kedah ini merupakan satu berita yang menggembirakan dan suatu penghormatan bagi penduduk negeri Johor. Kerana hari Jumaat itu sendiri adalah penghulu segala hari dimana seluruh umat Islam akan menunaikan ibadah solat Jumaat secara berjemaah di masjid. Jadi, tiada lagi alasan untuk mengelak ke masjid.
p/s: Kalau ada yang tak sokong tu mungkin sebab takut bisnes merosot kot. Hehe.
kunjungan perdana sobat,, salam blogger
harap satu Malaysia dapat ubah hari cuti ke Jumaat 🙂
btol bro… nak solat pun senang, aman je, tak sibuk ngan keje dah..
wahh..best la dapat cuti orang johor kan..
hari ahad..takleh dah tido lewat lagi..
hehe..ahad kena kerja..tapi jumaat rilek beb. hehe
Aku pun sokong juga dibuat cuti pada hari Jumaat. Bagi yang bekerja pada hari Jumaat rasanya takde alasan untuk ponteng solat Jumaat atas sebab sibuk dengan kerja. Solat Jumaat tu wajib. Kerja pula kewajipan dan wajib juga dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Tapi janganlah sampai ponteng solat Jumaat yang terang2 ianya adalah wajib.
harap swasta pun ikut serta , takut nanti nak balik kampung susah hehe
biasanya macam negeri lain,swasta akan turut sekali bro. tapi tu la, takut johor ni lain macam skit. hehe
kalau banyak kebaikkan ianya sesuatu yang harus dipertahankan
kalau lepas ni selangor follow macam ni pun bagus juga
Yerp..setuju sangat.