Hari keenam di NICU, pemberian antibiotik pada baby H dah complete. Kalau ikutkan plan, tak ada lagi dah ubat yang nak diberikan lepas ni.
Cuma sekarang, tinggal doktor je nak kena observe perkembangan dia. Jaundice, on off. Sekejap ada, sekejap tak ada. Macam chipsmore. Tapi kalau bacaan jaundice naik, immediately nurse akan terus pasang balik je mesin fototerapi.
So far, masa pergi melawat baby H siang tadi.. Percubaan untuk breastfeed baby H masih lagi gagal.
Gagal.. sebab baby H masih lagi confuse macam mana nak minum susu badan. Bila ibu cuba berikan pada dia, dia masih lagi terpinga-pinga. Ada kalanya dia tutup mulut rapat-rapat, adakalanya digigit saja tanpa hisap.. kemudian sambung tidur. Haha
Melalui info yang dikongsikan oleh pakar yang bertugas, by the time baby H berusia 36 minggu keatas nanti.. inshaAllah dia akan mula pandai menghisap susu badan.
So.. For the time being, susu hanya mampu diberikan kepada baby H melalui OG tube, iaitu oro-gastric (tiub yang dimasukkan terus dari mulut ke dalam perut).
Dalam masa yang sama juga.. Nurse cuba untuk ajar dan stimulate baby H supaya cepat-cepat pandai hisap susu badan kalau dah tiba masanya nanti.
Fuhh.. Kalau ditanya berapa hari lagi baby H stay di wad NICU, tak ada sesiapa pun boleh jawab. Itu semua bergantung pada diri dia sendiri.
Kalau cepat baby H pandai hisap susu badan, maka cepatlah dia keluar wad.
p.s: Harap-harap esok ada keajaiban. Penat tak sempat recharge tenaga dah daddy ni, ulang-alik ke HUKM.. Demi anak yang tersayang punya pasal
Semoga dipermudahkan urusan bro dan isteri..
Semoga baby H lekas keluar wad..