Dah masuk hari ketiga weh.. seakan mimpi pulak bila Khair masuk pra sekolah tanpa buat perangai. Dia mampu habiskan tempoh 4 jam setiap hari. Unbelievable. Hahaha.
Cuma.. nak habiskan 4 jam setiap hari dalam minggu pertama ni haruslah banyak drama kan.
Hari pertama, hari kedua, sah-sah drama air mata. Meraung depan pintu sekolah macam orang kena dera.
Hari ketiga ni pulak, drama air mata BERSERTA dengan 1001 alasan.
Alasan pertama, bila bangun dari tidur tadi.. liat yang amat. Kalah daddy. Hahaha.
Bila nak paksa mandikan jugak, dia boleh jawab..
Adik nak McDonald
Dalam hati aku dan isteri, ok fine. Layan kan aje. Aku bagitahu dia, balik sekolah nanti ibu bawak dia pergi McDonald ye.
Kemudian, bila dah alasan pertama yang dia bagi tak jalan. Dia tambah pulak alasan kedua.
Alasan kedua dia.. bila nak keluar pintu pagar rumah, dia nak donut!
Adik nak donut
Huh? Donut?
Ok fine. Yang ni aku boleh tolerate jugak. Sebab aku tahu dia memang suka makan donut. Jadi, sebelum dia gerak pergi sekolah dengan ibu dan cici dia (adik aku, auntie Khair la).. aku suruh ibu singgah dulu kedai tepi jalan. Belikan dia donut.
Dah beli, dia terpaksa akur dengan arahan. Masuk dalam kereta, pergi sekolah.
Dan ya.. alasan kedua berjaya ditepis. Keh keh keh.
Jadi, bila kedua-dua alasan dah tak berjaya. Dia datang akal lagi dengan alasan ketiga.
Alasan ketiga ni, masa dia dengan ibu dan cici (giliran aku cuti dah habis, terpaksa kerah adik aku tolong pergi hantar).. alasan yang paling drama bagi aku.
Sambil dia buat-buat menangis mengada dalam kereta, bila dekat je dengan simpang depan rumah aku (lalu balik depan rumah sebab tadi kan dia pergi beli donut, kedai jual donut jauh kedalam taman sikit.. dah beli, nak pergi sekolah, kena lalu depan rumah).. dia cakap..
Adik nak makan.. Adik nak nasi
Sambil jari tu tunjuk ke arah jalan masuk simpang ke rumah. Hahaha.
Adoyai.. tak pernah-pernah bangun awal pagi nak makan nasi, tapi hari ni bila nak hantar ke sekolah.. terus nak makan nasi kan.
Sungguh licik helahmu wahai anak, tapi maaf.. Trick mu berjaya dihidu ibu. Ibu malas nak layan, ibu suruh cici jalan terus je. Berhenti tak berhenti, bila dah sampai depan sekolah. Sampai je sekolah, teacher dukung dia terus masuk ke dalam.
Dan dia? Muka pasrah sambil lap air mata yang tak berapa nak ada tu. Hehehe.
Balik sekolah, nenek dia pergi ambik. Mood happy. Takde nangis-nangis, tangan berlumuran dengan water colour. Siap ulang lagi ayat, esok school.
Isk isk isk.. Ok Khair.. kita tengok drama apa pulak esok ye. 😉
hahaha…. Tiru perangai sape lah agakya tu yer… 😉
biasalah tu.
bebudak.
dah biasa layan budak macam ni.
Banyak akal nak auta ayah dia, hahaha..but at the end of the day, nak gi sekolah jugak. Ramai cikgu melayan.
wah pandai sekali bocah ini
Pelbagai ragam la anak-anak tak nak ke sekolah ni kan, hihi