Harga Tambah Nilai Prabayar Dah Back To Normal

Lama aku menunggu, hampir sebulan setengah jugak menahan diri daripada menambah nilai kredit prabayar telefon aku.

Sebabnya, nak elak GST 6% punya pasal.

Pagi ni, 1hb Januari 2016.. penantian aku berakhir.

Harga baru tambah nilai prabayar_2016

Login je Maybank2U, check instant topup.. Tengok-tengok je dah tak ada lagi dah angka-angka binasa tu semua. Semua dah dijadikan nombor genap. System updated.

Tanpa membuang masa, terus je aku tekan confirm.

SMS diterima, teks seperti dibawah tertera..

Harga tambah nilai prabayar 2016

Anda telah berjaya reload RM30.00 (tmsk GST 6% tlh direbat kpd anda!). Amaun dikrdtkn RM30.00.

Berbeza dengan SMS-SMS yang aku terima sebelum ini..

Harga tambah nilai prabayar 2015

Anda telah reload RM31.80 (termasuk GST 6%).

Kiranya.. duit aku berjaya diselamatkan. Hahaha. Puas hati walaupun nilainya RM1.80 je.

p.s: Dalam kes aku ni, rebat masuk terus. Mungkin sebab aku topup online kot. Ada yang kata rebat akan dapat balik dalam tempoh 24 jam, yang tu aku tak berapa pasti. Mungkin bergantung pada telco yang korang pakai.

Nota: Jika terdapat sebarang masalah berkenaan dengan proses rebat, boleh buat aduan pada pihak SKMM di talian 1-800-188-030.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 8 Comments

    Leave a Reply
      • Itu screenshot ayat SMS lepas topup je bro. Pertengahan antara dua tarikh tu ada benda lain gak yang gua buat. Subscribe internet, extend tarikh expired etc.. ada la dia caj tolak-tolak yang mana patut. Part tu gua tak cerita la.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Rekod Terbaru Nasi Dagang Bonda Ani

    Bila Khair Masuk Pra Sekolah