in

Harga Minyak Februari 2017 – Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel


Daripada khabar angin kini menjadi kenyataan. Sumber daripada laman automotif popular tempatan, Paultan.org mengesahkan bahawa harga terkini petrol RON95, RON97, Diesel dan Diesel EURO 5 mengalami kenaikan sehingga 20 sen seliter.

Berikut adalah pecahan senarai harga terkini bagi kenaikan harga petrol untuk bulan Februari 2017.

RON95 – RM2.30 seliter (kenaikan sebanyak 20 sen berbanding Januari 2017)

RON97 – RM2.60 seliter (kenaikan sebanyak 20 sen berbanding Januari 2017)

Diesel – RM2.15 seliter (kenaikan sebanyak 10 sen berbanding Januari 2017)

Diesel EURO 5 – RM2.25 seliter (kenaikan sebanyak 10 sen berbanding Januari 2017)

Berdasarkan rekod tertinggi tahun lalu, harga petrol RON95 dicatatkan setinggi RM1.95 seliter iaitu pada bulan November.

Manakala, rekod tertinggi bagi RON97, Diesel dan juga Diesel EURO 5 masing-masing mencatatkan harga pada RM2.30 – RON97, RM1.90 – Diesel dan RM2.00 – Diesel EURO 5, juga pada November 2016.

Jadi, melalui trend kenaikan harga petrol selama dua bulan berturut-turut pada tahun 2017 ini, maka mungkinkah kita bakal menyaksikan harga tertinggi petrol dan diesel yang lebih besar nilainya berbanding tahun lalu?

Sama-sama kita nantikan.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply
  1. Minyak naik lagi…. Minyak naik Lagi… Tak habis-habis dengan berita kenaikan minyak di Malaysia… Balik-balik kita akan disajikan dengan berita yang sama berulang kali… Huhuhu…

  2. Skrg harga minyak dunia berada di tahap yg rendah. Tapi minyak negara kita bulan bulan naik. Naik 20 sen turun 5 sen. Jika harga minyak dunia berpulih ke tahap yg sederhana, dah tentu minyak di sin akan naik ngan byk. Susah niee…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *