in

Hanis Zalikha – Kalau Ada Jodoh Tak Kemana


Siapa yang tak kenal Hanis Zalikha. Seorang blogger selebriti yang cantik dan manis bila dipandang. Orangnya yang tinggi lampai mampu mencairkan hati mana-mana lelaki yang terserempak dengannya. Lebih-lebih lagi bagi seorang rakan Hafiz yang menggunakan nickname boni*tuttt*.

Sabtu lepas, Hafiz bersama rakan ini bersama 2 lagi rakan lain iaitu “abang tak berapa sihat” dan “tunangan orang” telah menghadirkan diri ke satu parti event (event apa?..akan diceritakan dalam entri akan datang).

Di event tersebut hadirnya 4 orang artis iaitu Faizal Ismail, Awal Ashaari, Scha Al-Yahya dan juga gadis yang bernama Hanis Zalikha ini. Pada mulanya keadaan dan aturcara majlis bermula seperti biasa. Sehinggalah tibanya waktu untuk mengambil makanan di kaunter buffet. Hanis Zalikha memanggil Hafiz untuk bergambar bersama. Untuk kenangan katanya.

Oopss..disaat itu Hafiz dapat melihat boni *tuttt* dan abang tak berapa sihat menggetap bibir menahan marah seperti mahu di lempang bertalu-talu saja diri Hafiz yang cute ni. Tapi nasib baik pada masa itu, bouncer Hafiz (Zak LiteFM) dah standby. So, diorang tak berani untuk datang dekat.

Tunangan orang pula pada masa itu sedang sibuk meng-interviuw pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya untuk tips kebahagiaan rumah tangga. Nak ambik berkat lah katakan. So dalam scene ini dia tak terlibat.

Setelah dirasakan diri diancam. Untuk mengelakkan kejadian yang tak diigini berlaku, Hafiz segera berbisik kepada Hanis.

You, jangan rapat sangat. Tempat ni open. I taknak nanti ada gosip liar. Kalau ada jodoh kita, takkan ke mana. Apa-apa hal kita contact balik nanti.

Lalu Hanis angguk tanda faham dan beredar sambil bagi isyarat call balik nanti.

Fuhh..lega. Nasib baik Hanis faham. Kalau tak, tak tahu lah apa jadi. Mungkin lepas ni kalau Hanis Zalikha ada attend event yang Hafiz ada sekali, kena SMS dulu malam sebelumnya. Supaya kejadian seperti ini tak berbuah dua kali.

Disclaimer: Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tapi bab Hanis Zalikha bagi isyarat call balik tu memang betul (pun acah je sebenarnya). Hahaha.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

34 Comments

Leave a Reply
  1. hakhakhak…aduiiii…sakit mulut dkna duk gelak baca entry nie… terbaiklaaa..

    pssstt!! pic ngn hanis tu macam pinang dibelah 10 ekkekekee :p

  2. kehadiran artis memang menghangatkan suasana kat event tu, apatahlagi dapat bergambar bersama-sama.. sudah tentu menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan

Leave a Reply to anastasyea Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *