Ceritanya bermula dengan stop cork berbunyi. Firasat aku kuat mengatakan ada angin yang terperangkap dalam stop cork sekaligus menyebabkan tiap kali water pump berjalan, akan ada bunyi ketuk-ketuk didalam dinding di tempat stop cork tu tertanam.
Pada mulanya kalau aku dah cukup menyampah dengan bunyik ketuk-ketuk dalam dinding tu, aku cuma switch off saja water pump. Dan akan kembali swtich on water pump tersebut sekiranya ingin digunakan. Jadi masalah kedengaran bunyi ketuk-ketuk tu boleh dianggap selesai setakat ini.
Tapi masalah kecil lain pula timbul bila mana setiap kali aku nak switch off atau swtich off water pump, aku terpaksa naik turun ke tingkat atas berkali-kali. Lebih memenatkan sekarang apabila jisim badan makin bertambah, maka alasan untuk bermalasan menjadi lebih tinggi. Hahaha.
Dek kerana kemalasan itu, maka otak pintar aku mula mencari jalan alternatif lain. Selepas beberapa hari meneroka dunia Google dan Shopee, maka aku akhirnya terjumpa dengan satu peranti yang bakal membantu masalah kemalasan aku ini.
Tadaa.. diberi nama Sonoff POW R2, harga masa beli kat Shopee RM44 je. ia merupakan smart home Wifi wireless switch. Maksudnya disini ia adalah suis pintar yang boleh dikawal melalui capaian Wifi menerusi telefon pintar.
Yes! Disebabkan ia boleh dikawal menerusi telefon pintar, maka ia adalah satu benda yang sangat sesuai dengan situasi aku sekarang.
Bila barang yang dipesan telah pun tiba, pemasangan juga straight forward. Pertama, kena muat turun aplikasi eWeLink. Daftar sebagai pengguna (free je). Kemudian wayar dipasang dengan sambungan supply current (Life, Neutral dan Earth) ke suis pintar, diikuti dengan sambungan keluar (juga Life, Neutral dan Earth) ke peralatan yang ingin dikawal secara wireless (remote).
Selepas pemasangan telah dibuat, suis pintar ini perlu dihidupkan dan tetapan pintar perlu dibuat dengan menghubungkan ia kepada rangkaian Wifi 2.4Ghz di rumah (Quick Pairing Mode) – Memerlukan username dan password Wifi rumah korang.
Tapi korang jangan risau, jangan pening.. tetapan ini walaupun dibaca nampak macam susah, sebenarnya mudah je. Dengan sedikit basic knowledge electrical pun dah boleh pasang. InshaAllah. Yang penting, sebelum pasang.. jangan lupa tutup MCB dulu okay. Kang tak pasal-pasal kena renjatan elektrik. Hahaha.
By the way, ada few function lain yang juga menarik menerusi aplikasi eWeLink ni; diantaranya Consumption (statistik penggunaan tenaga) dan juga Schedule (timer). Aku paling suka fungsi Schedule sebab aku boleh set terus jam berapa aku nak water pump aku switch on (sebagai contoh; bila bangun pagi nak pergi kerja waktu jam 6.00 am water pump auto ON, bila nak keluar pergi kerja jam 7.00 am water pump auto OFF). Best kan? Jimat tenaga aku nak kena naik tangga. Hahaha.
Owh.. sebelum terlupa, fungsi dan kawalan Sonoff POW R2 secara wireless ni menggunakan cloud server. Kiranya lebih kurang macam Philips Hue Wireless Lighting yang aku pernah review dulu la, once dah buat tetapan.. tak kisah korang kat luar rumah sekali pun. Nak switch ON/OFF, tekan terus je dari telefon pintar. Yeahh! Mudah. Tak ada lagi istilah terlupa tutup suis ke apa kan. Hee
Update: March 2022.. Sonoff POW R2 masih lagi berfungsi dengan elok. Penggunaannya memang memudahkan urusan harian aku sekeluarga. So boleh kata satu pelaburan yang sangat-sangat berbaloi. Aku recommend kalau siapa nak wireless switch button, pakai je – Sonoff POW R2, beli kat Shopee murah.
Menggunakan cloud server ni memang baik lar boleh kawal elektrick kat rumah walaupun di office.