Baru-baru ni terjadi satu insiden, punya la semangat aku rekod video anak aku serta sepupu sepapat dia tarik tali pancing untuk naikkan ikan yang berjaya dipancing. Tapi selang beberapa ketika, bila nak masuk dalam kereta.. try nak preview.. tettt… semua file hilang.
Kecewa weh.. rasa nak marah pun ye. Kalau ikutkan hati, silap-silap boleh hentak GoPro yang aku guna hari tu. Cuma, nasib baik aku masih waras sebab aku tahu.. bukan GoPro Hero 7 Black tu yang jadi punca masalah. Tapi.. memory card.
Actually sepanjang beberapa bulan aku guna gopro tu, ini bukanlah kali pertama situasi sebegitu terjadi. Masa mula-mula beli pun dah terkena dah. Tapi mungkin sebab waktu tu aku tak ada pengalaman guna GoPro, aku husnuzon.. mungkin sebab tersalah tekan-tekan button.
Dan kali ni bila terjadi sekali lagi.. sehingga menyebabkan gambar-gambar penting hilang, maka aku dah stress. Naik hangin dengan memory card tu, lantas aku ajak wife untuk pergi cari memori card baru.
Lexar Profesional 677x – Class 10, U3, V30, A2 microSDXC UHS-I. High speed memory card yang akan menggantikan Sandisk Ultra yang bermasalah tu. Harga aku beli adalah RM150 di Plaza Lowyat. Kalau beli kat Shopee Lexar Profesional 677x ni dapat murah sikit lagi, dalam RM130+. Cuma kena tunggu la barang sampai, tak dapat on the spot macam beli kat kedai.
Beli brand ni sebab based on pembacaan aku di group GoPro, majoriti menyarankan aku guna brand Lexar instead of Sandisk. Sebab katanya Lexar ni lebih reliable dan read write speed dia laju dan stabil.
Berbanding brand Sandisk ni bukan tak berapa bagus, tapi kurang umpphh dan berisiko tinggi untuk terbeli yang fake (sebab terlalu banyak macam Kingston).
So, bila dah beli micro-SD Lexar ni.. beberapa percubaan dah dilakukan. Dan honestly, ada perbezaan yang agak ketara apabila aku dapati fungsi-fungsi touchscreen pada GoPro lebih responsive dan gambar yang diambil, diproses lebih laju berbanding sebelumnya.
Tapi.. walaupun nampak so far so good. Aku taknak lah puji melambung, takut apa yang aku kongsikan tu sekadar placebo effect je (syok sendiri). Hahaha. Jadi, untuk tahu micro-SD Lexar ni perform ke tak.. kita tengok lah lepas beberapa bulan nanti. Hopefully, tak ada masalah lah kan.
Pakai yg dia bg free jer la dulu. Kalu ada problem baru tukar