in

Guna ichoose.my Menang RM10000


Berita baik untuk anda. ichoose.my, sedang menjalankan satu peraduan terbaru khusus kepada blogger diluar sana yang sedang mencari domain terbaru Dot My (.my) buat blog mereka. Peraduan yang bertujuan untuk mempromosikan lagi penggunaan domain .my dikalangan blogger tempatan itu menawarkan hadiah yang cukup menarik kepada pemenang utamanya, iaitu wang tunai sebanyak RM10000 beserta penggunaan domain percuma selama setahun.

Bagi yang berminat untuk menyertainya, caranya mudah sahaja:

  1. Dapatkan satu domain dot my (.my) melalui laman web ichoose.my
  2. Membuat satu entri dengan minimum 200 patah perkataan menggunakan keyword (blogger, ichoose.my, MYNIC).
  3. Emailkan nama, nombor telefon, alamat email dan juga URL blog kepada ichoose@mynic.my bersama dengan subjek “#ichoose“.

*Perlu diingatkan supaya tidak lupa memasukkan link www.ichoose.my didalam entri.

Maklumat serta syarat terperinci boleh rujuk: www.ichoose.my/contest.php

Info tambahan

Domain, satu benda yang amat penting bagi seseorang yang mempunyai blog. Ibaratkan ianya merupakan kad pengenalan peribadi, domain ini akan digunapakai semasa dalam proses memperkenal atau mempromosikan sesebuah blog tersebut.

Semakin mudah nama domain yang dipilih, semakin senang untuk ianya dipromosi dan diingati.

Sebagai contoh, blog HafizRahim.Com..yang membawa maksud kepada nama pena merangkap sebahagian nama sebenar penulis. Pendek, ringkas serta straight to the point bahawa ia sebenarnya adalah sebuah blog peribadi.

p/s: Untung besar kalau menang. 🙂


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

16 Comments

Leave a Reply
  1. Domain satu blog ni pun tak banyak lagi info.

    Nak beli 1 lagi, hahah takde duit la.

    Takpe, saya bagi laluan kepada blogger baru. 🙂

  2. domain dot my? aku kurang sikit. Haha..

    Dan yang paling tak best. Kena beli domain, baru leh join contest ni.

    Paling tak best, hadiah cuma SATU sahaja.

    Apa la masalahnya kalau dari 10k tu..dia split hadiah bagi kat 10 pemenang??

    Mesti ramai yang join. Ini satu pemenang aje. Memang susah gila la nak menang.

  3. Untuk mengikuti contest-nya harus membeli domain .my ya ??! hmm… harganya cukup mahal juga ni
    Semoga sukses ya buat semua yang mengikuti contest dari ichoose.my 🙂

  4. promosi harga RM30/setahun (boleh beli 2 tahun) sehingga hujung tahun nie saja. so, kalau dah expired… kena bayar RM120/setahun untuk tahun² yang berikutnya. mahal woooo…. better pakai sedia ada cukup ler. hohoho….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *