in

Guna DNS CloudFlare 1.1.1.1 Untuk Internet Yang Lebih Pantas


Seringkali apabila terdapat gangguan internet yang tidak stabil ataupun ingin mengakses sesuatu laman web yang telah dihalang, public DNS adalah jalan singkat untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Didunia ini terdapat beberapa public DNS yang boleh digunakan secara percuma dan dua pilihan yang paling popular adalah Google DNS dan juga OpenDNS.

Memasuki senarai yang sama, kini muncul sebuah lagi syarikat yang dikenali dengan perkhidmatan CDN (Content Delivery Network) dan sekuriti internet, iaitu Cloudflare dengan penawaran yang sama. Yang mana mulai 1 April tempoh hari, pengguna boleh menggunakan public DNS CloudFlare yang bernombor 1.1.1.1 ataupun 1.0.0.1.

Melalui penawaran ini, selain daripada dijanjikan sambungan internet yang lebih pantas, pengguna turut dijamin dengan keselamatan data pengguna.

Keselamatan data pengguna merupakan topik hangat sejak kebelakangan ini kerana sekiranya dibiarkan berkemungkinan data-data kita akan dijual pada pihak ketiga atas keuntungan peribadi.

Melalui perkhidmatan ini, bagi pengguna yang merasa risau dengan ketirisan privasi yang berlaku, mungkin dapat menghela nafas kerana Cloudflare berjanji untuk tidak menggunakan data-data peribadi anda untuk kepentingan mereka.

Privacy First: Guaranteed.
We will never sell your data or use it to target ads. Period. – 1.1.1.1

Melayari laman rasmi DNS 1.1.1.1, turut disediakan panduan percuma bagaimana untuk mereka yang berminat dengan perkhidmatan ini untuk membuat tetapan di peranti masing-masing.

Nota: Melalui ujian ringkas akan penggunaan DNS 1.1.1.1, keputusan awal mendapati hanya sedikit perbezaan kelajuan ketika mengakses internet (perbezaan hanya dalam milisecond) yang mana bagi kebanyakan orang, mungkin perbezaannya tidak begitu ketara.

Sudahkah anda mencuba?

Untuk pengguna Unifi, berikut adalah pautan untuk cara menukar DNS pada router anda:


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *