in

Gua Bengang


Penat..memang memenatkan..mana taknya, dari pagi sampailah ke malam semalam settlekan barang yang nak dipindahkan kerumah baru. Dalam jam 9 lebih juga baru semua urusan selesai. Kalau diikutkan perancangan yang asal sepatutnya selesai lebih awal. Tapi disebabkan berlaku kejadian yang tak diigini, semuanya dah lari tune.

Cuba korang bayangkan sendiri, Hafiz dah deal dari semalam lagi dengan seorang mamat melayu ni untuk pindah barang dari gombak ke bandar baru bangi jam 2.30 petang. Dia sendiri pun dah confirm yang driver dia akan datang tepat pada waktunya.

Tapi bila ditunggu punya tunggu sampai jam 4.30 petang. Batang hidung pun tak nampak. Bukan setakat batang hidung, call bagitahu sampai lambat pun sepatah haram tak ada. Bila call driver tu, diberitahunya sekarang dia berada di Ampang. Hmm..2-3 kali call, 2 jam kat ampang. Apekejadahnya. Ampang ke Gombak tak sampai sejam la. Kalau jalan highway jammed pun banyak lagi jalan dalam yang boleh dilalui. Last-last mamat driver tu terus tutup handphone. Haish…bengang, marah dan menyirap betul. Jenis orang macam lah kalau boleh nak je maki hamun depan-depan.

Marah

Hafiz bukan nak memburukkan sangat cara orang melayu ni berniaga sebenarnya, tapi geram. Geram dengan perangai orang yang jalankan perniagaan macam ni. Bila ambil kaum Cina India lain buat kerja, cakap tak support orang melayu. Wut da fish la..Dah jadi macam ni terpaksa lah Hafiz cari lori lain last minit. Itu pun nasib baik ada. Dugaan..dugaan.

p/s: Badan dah penat, kena pulak macam ni. Entri ni dah diedit selepas mood dah ok sikit. Kalau tak publish malam tadi, penuh dengan perkataan yang sensored.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

21 Comments

Leave a Reply
  1. relax3x…dugaan namannya tu…drive lori tu malas nak layan ko sampai tutup phone..mmg dahsyat n cari pasal..haha…anyway, pindah rumah baru ke?…

    • Tak mungkin bro..kalau dia cakap jam kat mrr2 tu mak aku lalu jalan yang sama..dah sampai dulu pun..bos dia bagitahu driver dah gerak dari jam 12.30..bila call tanya ampang kat mana terus letak..panas bro..berasap je.

  2. mmg tak patut org lori tu..dammm…tapikan tak semua peniaga melayu macam tu.

    Manalah tahu akan datang nk sewa lori untuk pindah rumah hubungi saya.
    Saya menjanjikan pengalaman manis umpama berbulan madu. hehehe..

    Bukan sahaja nk pindah rmh, apa saja pun boleh.

    insyallah servis terbaik kami berikan. Boleh lihat testimoni pelanggan di bahagian about-us

    #call / SMS / WhatApps 0173069707

Leave a Reply to wazy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *