in ,

Grading Taekwondo WTF Untuk Naik Ke Tali Pinggang Hijau 1 (Green Belt 1)


Semalam selesai sudah grading Taekwondo Khair buat kali ke-3. Peperiksaan fizikal untuk menentukan sama ada dia boleh naik ke level seterusnya iaitu kepada tali pinggang hijau (Grade 6) ataupun tidak. Kalau daripada level tali pinggang kuning 2 (Grade 7 – Yellow 2) nak naik ke hijau 1 (Grade 6 – Green 1) ni, gerakan yang perlu Khair hafal adalah Taegeuk 2.

Dalam Taegeuk 2 secara keseluruhannya mempunyai 18 langkah yang perlu diingat dan syukur Alhamdulillah, bila dah tengok performance dia kat dewan semalam sememangnya dia dah dapat hafal semua step dengan jayanya.

Cuma, kadang-kadang bila tengok koordinasi gerak tubuh badan nampak masih ada kelemahan yang boleh diperbaiki. InshaAllah, nanti lama-lama praktis daddy rasa makin okay la tu kan. Mana ada orang belajar Taekwondo terus perfect.

So for record, untuk grading nak naik dari Yellow 2 ke Green 1 ni secara umumnya apa yang perlu dipersembahkan pada judge, tak adalah susah sangat pun. Cuma apa yang judge nak tengok adalah:

Yang pertama adalah beberapa pergerakan Taekwondo seperti single punch, reverse punch, side kick dan lain-lain (akan follow instructor kat depan).

Dan perkara ke-2 yang akan dinilai oleh judge adalah pattern Taegeuk 2. Persembahan pattern Taegeuk 2 ini bergantung sepenuhnya pada diri sendiri. Ini kerana, instructor yang ada tadi akan duduk berdiri saja kat tepi tanpa beri sebarang bantuan. Maka, kalau silap step.. silap lah jadinya. Kalau betul step, betul lah jadinya.

Note: Tempoh masa untuk grading ni kejap je, cumanya nak kena tunggu giliran. Kena habiskan white belt dulu kemudian diikuti dengan Yellow 1 sehinggalah tiba level tali pinggang Khair. Result jugak tak dapat on the spot. Selalunya datang training next week baru tahu result. Haih.. rasanya macam daddy pulak yang tak sabar. Hahaha


SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge