Google Street View Merbahaya

Wah.. Google Malaysia semakin berkembang maju. Kali ini dengan kehadiran produk sokongan terbaru iaitu Google Street View.

google-street-view-logo

Bagi yang masih belum mengetahui apa itu Google Street View. Google Street View merupakan sebuah teknologi navigasi online yang hanya memerlukan alamat sesuatu lokasi untuk membolehkan para pengguna mendapat gambaran jelas mengenai lokasi yang dicari.

Jika dilihat dari satu sudut positif, fungsi yang hadir pada Google Street View ini dilihat dapat membantu orang ramai dalam mengenalpasti lokasi yang dicari. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru pertama kali ingin pergi ke tempat yang dituju.

Google Street View

Tetapi, perlu diingatkan. Kita ini hidup di dunia yang mempunyai 1001 ragam dan karenah orang. Disebalik kemudahan yang diberikan ini pasti akan wujud individu-individu tidak bertanggungjawab yang akan menyalahgunakan kemudahan sedia ada.

Antara perkara-perkara buruk yang boleh dan mungkin berlaku setelah wujudnya teknologi sebegini; Perompak, penculik atau pencuri lebih mudah mendapatkan informasi-informasi tentang sesuatu lokasi. Sebagai contoh, berapa banyak aset yang dimiliki oleh seseorang (kereta, motorsikal), ruang-ruangan tertutup yang boleh dijadikan tempat persembunyian, sistem alarm dan sebagainya.

Maka, dengan tersedianya informasi sebegini secara tidak langsung ia memberi jalan singkat kepada mereka untuk merancang sesuatu jenayah yang akan dilakukan.

Hmm.. semuanya dihujung jari.

Jadi, apa yang aku cuba sampaikan disini.. Untuk mengelakkan sesuatu yang buruk daripada berlaku, diharapkan kita semua dapat mempertingkatkan langkah berjaga-jaga. Dan yang paling penting, pastikan maklumat sulit anda tidak dikongsikan kepada individu yang tidak dikenali.

Malang tidak berbau.

So, jangan lupa ye kawan. Beringat sebelum kena. Jangan sekarang kita pandang ringan, nanti kalau dah berlaku baru nak menyesal tak sudah.

p/s: Teringat aku akan kesilapan kecil yang pernah aku lakukan ketika menyertai satu cabaran lucu yang memerlukan aku untuk mendedahkan sebahagian daripada gambaran kad pengenalan.

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

21 Comments

Leave a Reply
  1. 1st time aku tgk benda ni tadi..kecut perut..

    semua gambar luaran rumah dah jelas…utk org2 yg jahat.seolah2 peta terbaik utk cari jalan utk masuk dan keluar…cari jalan pilih rumah yg diinginkan…

    wanauzubillah…

    giler aku tak sokong benda ni

  2. tak setuju langsung dengan benda nih…. perkara pertama yang terlintas ialah “BAHAYA” …. huhu… tadi ada juga cuba google alamat rumah sendiri… tak keluar lah pulak…

  3. selagi tak kena kat batang idung sendiri memang kita takkan beringat. Ada yg mencebik bibir dan kata pemikiran macam ni kolot dan menentang pembangunan teknologi.. Sabo je la. Waspada selalu.

  4. Google streetview dah berapa lama wujud di negara lain? (Contoh terdekat Singapura & Thailand)

    Boleh tak dapatkan statistic pecah rumah / misused behavior kat negara-negara lain sejak dilancarkan 7 tahun lalu?

    • Apa yang diterangkan adalah kemungkinan saja. Posibbility tu masih ada. Tak perlu saudara nak minta statistik bagai. Bukannya nak suruh pembaca banned Google Street View pun. Just precaution.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bila Krim Muka Jadi Gel Rambut

Smartboard Untuk Khair