in ,

Gillette Fusion Proglide Edisi Terhad World Cup 2014

Pisau cukur Brazil Manual Gillette Fusion ProGlide Edisi Terhad

Dah nama pun laki-laki, barang yang wajib ada tentulah pisau cukur.

Yelah.. nak cukur janggut, nak cukur jambang, nak cukur misai.. kasi kemas-kemas sikit. Barulah gadis-gadis terpikat. Betul tak?

Haa.. Tapi pisau cukur pun, bukan sebarang pisau cukur yang boleh digunakan. Untuk kemasan yang optimum serta memberikan keselesaan pada kulit muka, sudah tentulah aku sarankan korang semua supaya menggunakan pisau cukur Gillette.

Pengguna tegar

Ya, pisau cukur Gillette.

Aku memang seorang pengguna tegar pisau cukur Gillette. Dari usia janggut mula tumbuh dimuka hingga sekarang, pisau cukur Gillette memang jadi pilihan aku. Sebab utamanya hanya satu, iaitu keselesaan.

Dan baru-baru ini bersempena dengan World Cup 2014 di Brazil, aku terperasan akan portfolio keluaran terbaru pisau cukur Gillete edisi terhad yang dinamakan pisau cukur Brazil Affinity. Bertemakan “Made from Steel, Driven by my Colors“, penjualannya terbahagi kepada dua pilihan iaitu sama ada korang boleh memilih pisau cukur Brazil Manual Gillette Fusion ProGlide Edisi Terhad ataupun pisau cukur Brazil Gillette MACH3 Edisi Terhad.

Pisau cukur Brazil Manual Gillette Fusion ProGlide Edisi Terhad
Pisau cukur Brazil Gillette MACH3 Edisi Terhad

Kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza.

Tetapi, yang menjadikan ia lebih menarik lagi apabila pisau cukur Brazil Manual Gillette Fusion ProGlide Edisi Terhad bukan sahaja pisau cukur Gillete yang tercanggih didalam produksi.. malah ianya turut direka dengan warna serta logo pasukan kegemaran aku iaitu Brazil. Begitu juga reka bentuk pisau cukur Brazil Gillette MACH3 Edisi Terhad.

Haa.. Brazil kau, pasukan kegemaran tu. Bila dah edisi terhad ditambah lagi dengan rekaan berkonsepkan pasukan yang disokong sepenuh hati, dah tentulah penyokong setia kena ada satu produk ini kan. Baru die hard fan nama nya. Hahaha.

Ini aku punya, cantik.

Jadi, kalau korang pun rasa berminat untuk membeli pencukur Gillete edisi terhad ini.. ianya boleh didapati di semua cawangan runcit utama di seluruh negara untuk tempoh yang terhad sahaja. Harganya tidak mahal, cuma RM30.90 bagi pisau cukur Gillette Brazil Manual Gillette Fusion ProGlide Edisi Terhad dan RM 13.90 bagi pisau cukur Brazil Gillette MACH3 Edisi Terhad.

Ops.. sebelum terlupa, antara kelebihan menggunakan dua model pisau cukur Gillette ini ialah:

  • Pisau cukur Brazil Manual Gillette Fusion ProGlide Edisi Terhad: Ianya adalah pisau cukur yang paling canggih dari Gillete. mempunyai bilah yang lebih nipis dan halus dengan salutan rendah rintangan meluncur lancar melalui bulu untuk mengurangkan tarikan dan regangan, lalu memberikan keselesaam yang menakjubkan walaupun bagi mereka yang bercukur setiap hari.
  • Pisau cukur Brazil Gillette MACH3 Edisi Terhad: Ia meneruskan legasi pisau cukur Gillette MACH3 yang memberi cukuran yang licin. Teknologi 3 bilahnya memberikan cukuran yang selesa dengan ketahanan yang hanya dapat diberikan oleh bilah yang boleh ditukar. Comfort Guard yang disertai 5 Microfin memberikan cukuran yang licin dan selesa, sementara Indicator Lubrication Strip akan pudar menjadi putih untuk menunjukkan bahawa korang tidak lagi mendapat cukuran yang optimum.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman Facebook Gillette Malaysia di Facebook.com/GilletteMalaysia

p/s: Gillette pilihanku. Go Brazil.. Go!


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

7 Comments

Leave a Reply
  1. Hehehehe gegel pun perlukan pencukur ni tau.. nak cukur bulu ketiak.. ekekekeke.. Cantik rekaan pencukur tu, smart.. untuk perempuan tak ada ye??

  2. Hurmm…. adalah lebih lengkap kalau bro buat demo cukur misai untuk rujukan bro Iman…. ahhahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *