in

Giliran Air Cooler be quiet! Dark Rock Slim Pulak!


Settle masuk RTX 2060 dalam custom PC aku, tapi tangan masih gatal nak make up PC kasi handsome. Stock cooler yang melekat kat atas processor tu rasa semacam sangat-sangat menganggu pemandangan.

Maka disebabkan rasa terganggu itu, proses mencari cooler baru dijalankan. Niat di hati cukup sekadar dapat cari tower yang murah-murah tapi nampak handsome, tak perlu sampai beli AIO cooler. Sebab AIO ni sendiri pun aku kurang minat sebenarnya, paranoid benda tu boleh ada leaking. Hohoho.

Pencarian cooler tower mengambil masa yang agak lama, sebabnya.. aku jenis suka baca review orang dulu baru rasa nak beli. Lagi pun dah semestinya nak kena cari yang bersesuaian dengan CPU aku jugak. Yelah.. nak match warna hitam, socket LGA1200, size yang ngam-ngam tak kacau ram.. dan tak kurang juga nak cari cooler tower yang kipasnya tak bunyi kuat.

So.. Cari punya cari dengan bantuan pakcik Google dan Youtube, akhirnya dapat juga aku air cooler dengan model yang nampak handsome pada pandangan mata aku, iaitu be quiet! Dark Rock Slim.

Air cooler be quiet! Dark Rock Slim ni jenis single tower je. Tapi yang menarik minat aku apabila ia tampak besar dan gah apabila dipasang pada motherboard. Beratnya jugak tak lah berat mana, sekadar 0.62kg.

Pemasangan air cooler be quiet! Dark Rock Slim

Sejujurnya bila dah beli be quiet! Dark Rock Slim.. ini adalah kali pertama aku pasang sendiri air cooler pada PC. Aku beli thru Shopee je.. kalau korang nak check harga, ni aku bagi link – harga be quiet! Dark Rock Slim. Well.. sebabnya.. adalah tak lain tak bukan sebab aku mana ada PC lain. Yang ni je lah satu-satunya PC aku. Hahaha. Yang lain kalau ada pun laptop Macbook Air. Jadi sedikit sebanyak boleh dikatakan custom PC ni umpama tikus makmal aku jugak untuk test skill pemasangan komponen-komponen PC.

Apa-apa pun.. Perasaan cuak dan berdebar masa pertama kali nak pasang cooler tu memang tak dinafikan ada. Tapi dengan rasa yakin yang wujud dalam diri aku ni, bila kertas manual dibaca satu per satu dengan teliti.. dibantu dengan tutorial-tutorial video di Youtube, jadi proses pemasangan tu jadi mudah.

Daripada proses nak kena cabut stock cooler Intel. Pusing lock pin ikut arah anak panah yang ditunjukkan untuk membolehkan stock cooler dipisahkan daripada processor.

Kemudian bila stock cooler dah dicabut, aku kena cuci sisa thermal paste yang ada pada permukaan processor dengan alkohol sampai bersih. Lepas tu pulak, kena pasang bracket untuk cooler baru.

Godek punya godek.. Cehh.. Ingatkan awal-awal sebelum tu nak kena bogelkan semua komponen PC untuk pasang cooler be quiet! Dark Rock Slim ni.. tapi rupa-rupanya, tak perlu bukak semua benda. Hanya bukak casing belakang motherboard, lepas tu skru je holder bracket.

Bila bracket dah terpasang, letak thermal paste baru sesedap rasa. Seterusnya bila thermal paste sudah diletak, barulah letakkkan air cooler be quiet! Dark Rock Slim keatas bracket tu elok-elok. Ketatkan skru rapat-rapat sesedap rasa, connect cable fan pada motherboard dan Wallahhh!! Siap.

Akhirnya.. pc aku dah handsome macam tuan dia. Lebih best, bukan je takat handsome. Tapi CPU temperature pun dah makin menyejuk. Idling temperature dapat 35°C, on game pulak cecah 63°C macam tu.

Okay sangat la tu kan untuk pc spec Intel i5 10400F + Asrock B460M Steel Legend + RTX 2060. Panas-panas nanti bahaya.. pc demam pulak. Hahaha.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *