in

Gigi Makin Rosak Akibat Karies


27 September 2020, pergi klinik gigi sebab Haziq cakap dia sakit gigi.

Gigi yang sakit tu gigi depan.

Kalau korang tengok sekali pandang pun dah tahu gigi tu memang tunggu masa je nak sakit.

Sebabnya.. dah tak ada rupa gigi sangat dah gigi yang sakit tu. Terhakis sana sini dek kerana serangan karies.

Tak nak masalah tu jadi makin serius, aku terpaksa la bawa dia pergi klinik gigi. Dan macam biasa, klinik gigi yang kitorang pergi adalah Klinik Alan Adlan. Sebelah D’One Steak House Bangi berdekatan dengan Taman Tasik Cempaka.

Kat klinik gigi Alan Adlan ni.. lepas periksa, dentist bagitahu akar gigi Haziq dah terdedah dan berita yang lebih teruk, akar dah mula mati.

Jadi, treatment yang disarankan oleh dentist tu adalah “cabut” je gigi Haziq yang dah rosak.

Tapi memandangkan Haziq ni kecil lagi, baru umur 3 tahun. Maka, aku tanya jugak dentist tu ada option lain ke tidak?

Dentist cakap.. option lain tu tak ada. Cuma macam aku ni sejenis parent yang risaukan “situasi nak mencabut” nanti akan jadi susah (takut Haziq meraung, meronta-ronta), maka dia kata boleh cuba bius full body sebelum rawatan gigi tu dicabut.

Cuma bila dah nak guna option tu katanya, kat klinik Alan Adlan ni tak ada lah kemudahan tu dan memerlukan aku untuk terpaksa rujuk klinik gigi yang lebih besar (yang mana ada kemudahan bius tu la).

Tak apa, aku pun setuju. Aku minta dentist tu buat surat rujukan yang mana surat tu kemudiannya akan aku bawa ke Dental Valet (katanya klinik ni ada kemudahan bius, cuma half body.. tak apa lah. Try je pergi tanya dulu).

Keesokannya, 28 September 2020, bila dah tiba waktu temu janji dengan dentist dekat Dental Valet pulak.. aku dan Haziq pun masuk berjumpa dengan seorang dentist ni.. perempuan. Lupa tengok nama.

Aku difahamkan dentist ni pakar gigi, so aku layankan aje.

Dia pun mula periksa gigi Haziq.

Suruh nganga, Haziq nganga. Lepas tu dia ada tanya aku jugak sedikit sebanyak details berkenaan Haziq, dan aku pun jawab je mana yang tahu.

Di penghujung treatment tu dia conclude kan bahawa dia akan proceed dengan 1 tampalan gigi geraham dulu. Sebab katanya dia nak bagi intro je dulu pada Haziq.

Yelah, budak 3 tahun kan.. first time pulak tu nak tampal gigi. Mana boleh buat tampalan banyak sekaligus. Kena pandai main emosi, tersilap langkap kang tak pasal-pasal trauma tak nak pergi klinik gigi lagi dah. Hahaha.

Dentist tu tampal lubang terbesar pada gigi geraham Haziq, sambil-sambil berborak melayan Haziq. Dan Alhamdulillah.. luckily Haziq dapat bekerjasama dengan baik. Dentist siap bagi belon kat Haziq sebab nak jaga mood dia. Dari situ jugak aku nampak Haziq selesa buat treatment dengan dia.

So bila siap tampal.. habis dulu treatment buat masa ni. Cuma dalam masa yang sama, dentist tu suruh Haziq ambil antibiotik sebab nampak dah ada infection kat gusi (ada benjolan nanah pada gusi). Katanya bagi benjolan tu surut dulu, kemudian lepas sebulan nanti dia akan tengok balik sama ada untuk buat treatment pada gigi-gigi yang seterusnya.

Okay.. habis sekejap cerita bab tampal gigi tu dan infection tu.

Karies Makin Teruk, Kena Cabut Gigi Jawabnya

Seingat aku 29 Oktober 2020, Haziq cakap sakit gigi lagi. Ingatkan pada mulanya biasa je sebab dia ada makan coklat sebelum tu. Suruh dia gosok gigi macam biasa.

Tapi selang beberapa hari baru perasan yang mana gigi depan dia yang karies teruk dulu tu dah jadi makin teruk. Daripada bentuk gigi sebatang, dah patah tinggal separuh. Lagi dedahkan nerve gigi tu. Maybe disebabkan tu jugak Haziq cakap gigi dia sakit hari tu.

Dan menambahkan lagi kerisauan aku bila dia makan biskut pun dah tak berani nak gigit guna gigi depan. Terus kunyah pakai geraham.

Maka bila dah jadi macam tu.. ahad lepas, 1 November 2020, petang tu suruh wife call klinik gigi yang buat tampalan gigi Haziq tempoh hari. Tanya dia bila boleh follow up dan jumpa dengan doktor tu semula.

Dipendekkan cerita, semalam 2 November 2020 dapat slot in dengan doktor sebagai emergency case.

Aku ambil cuti half day, pergi berdua je dengan Haziq sebab PKPB kan.. takleh nak pergi ramai-ramai. Jumpa balik doktor tu, Doktor Nazatul (Yes.. dah ingat nama). Hahaha.

Kemudian lepas pemeriksaan gigi Haziq dibuat beberapa ketika, keputusan yang dibuat adalah untuk cabut je dua batang gigi depan Haziq. Sebabnya yang pertama, dekat gusi dia ada balik kembung nanah (tanda jelas menunjukkan ada infection), kemudian yang kedua gigi-gigi tu dah macam teruk sangat rosaknya.

Tambah Dr. Nazatul lagi.. cabut gigi tu pun mudah je. Sebab berdasarkan observation, dia kata Haziq ni well behaved. So tak perlu bius full body. Lagipun musim PKPB ni proses nak buat kat hospital agak leceh.. jadi dia suggest bius biasa je dan buat terus kat klinik tu.

Aku tak ada apa-apa bantahan, jadi aku setuju je dengan saranan Dr. Nazatul.

Bila dah proceed untuk cabut gigi-gigi tu. Maka dia pun bius gusi Haziq apa semua. Mula-mula nangis jugak la sebab terkejut jarum tu cucuk sakit. Tapi once bius dah kebaskan bibir dan gusi, dia dengar je arahan doktor.

Cabutan kedua-dua gigi kacip depan Haziq dilakukan dengan sangat mudah. Cumanya Dr. Nazatul ada tunjuk yang mana gigi kacip depan kanan tu dalaman dia lagi teruk. Sebabnya bila cabut gigi selalunya akan ada akar gigi sekali, tapi tak pada gigi kacip depan kanan tu. Akar gigi dia hilang terus. Yang ada hanyalah sisa nanah.

Dr. Nazatul cakap maybe sebelum ni gigi pecah lebih awal dan menyebabkan akar gigi reput dalam gusi (tak tanya lebih pulak, tak silap aku gini la lebih kurang dia explain).

Manakala gigi kacip depan kiri tu masih ada akar, cuma karies je la teruk mengakis gigi sampai jadi kecik cenonet je bentuknya. Hahaha.

Habis cabut, gigi.. doktor bagi gigi-gigi tu bawak balik. Kemudian aku pun kena bawak Haziq pergi McDonalds sebabnya dah janji nak beli kan aiskrim. Yang ni tak kisah la, sebab nak pujuk dia balik kan. Lagi pun bagi aiskrim sebab nak hentikan pendarahan tu cepat-cepat.

Haa.. so itu je la ceritanya kisah gigi Haziq. Actually kalau ikutkan ada lagi gigi yang karies, iaitu gigi kacip kedua tu. Tapi yang ni belum buat lagi.. Dr. Nazatul cakap bagi dia tempoh bertenang dulu. Nanti dah okay baru datang balik buat crown. Tak perlu cabut yang tu.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply to Laila Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *