in ,

Gigi Haziq Ada Karies, Kena Buat Rawatan Topical Fluoride


Sabtu lepas pengalaman pertama aku bawak Haziq pergi klinik gigi. Umur baru 3 tahun, tapi dah ada karies gigi. Tak tahu la apa punca gigi dia jadi macam tu. Tapi aku syak ada kena mengena dengan perangai dia yang suka kemam makanan dalam mulut berjam-jam (sampaikan ada beberapa kali, waktu dah tidur pun makanan yang dia makan masih jugak tak ditelannya. Dukung masuk tandas, korek mulut untuk keluarkan). Hahaha.

Terdetik hati nak ke klinik gigi bilamana ada satu hari tu (beberapa hari sebelum tu), Haziq dah mula bagitahu dia sakit gigi. Mula-mula dia bagitahu dia sakit gigi tu pada wife aku. Kemudiannya, selang beberapa hari pulak.. masa minum air sejuk aku nampak dia buat muka sambil pegang pipi. Ngilu.

Dalam hati aku, ahh sudah. Kalau macam ni tak boleh biar lama-lama. Kalau dibiarkan, silap-silap boleh sakit gigi tak nak makan pulak. Kes karies gigi ni sepupu dia dah pernah kena yang lagi teruk. Sampai hilang gigi, tinggal kat bahagian akar gigi je warna hitam.. dan kesudahannya sepupu Haziq tu kena operate gusi buang semua gigi yang rosak teruk tu.

Fuh.. tak dapat dibayangkan macam mana rasa ngeri nya tu. Kalau dewasa pun ngeri, macam mana la perasaan budak-budak yang kena menghadap tu kan. Mesti trauma seumur hidup. Mintak simpang la jadi kat anak-anak aku. Aku pun tak sanggup nak tengok.

Rawatan topical fluoride untuk karies gigi kanak-kanak

Dek kerana nak elakkan perkara sebegitu terjadi pada Haziq, wife call satu klinik gigi kat Bandar Baru Bangi ni untuk buat appointment rawatan gigi Haziq. Appointment jam 10.30 pagi membawa Haziq berjumpa doktor gigi buat kali pertama seumur hidupnya.

Punya lah daddy dan ibu risau kalau Haziq buat perangai kat klinik, siap malam tu berapa kali umpan Haziq.. cakap doktor nak tengok gigi je, doktor nak sapu ubat sedap, doktor nak itu, doktor nak ini.. semua cakap yang best-best je supaya dia nganga dan benarkan doktor tengok gigi dia yang rosak tu. Hahaha.

Sumpah weh.. sebelum ni kalau pergi klinik biasa kalau nak check mulut, memang tak akan dia bukak mulut. Hinggakan kadang-kadang doktor paksa buka mulut pakai tongue depressor kayu tu pun dia boleh gigit sampai patah. Adoyai.

Jadi untuk kes sebegini memandangkan history Haziq yang kurang bagi kerjasama yang baik ketika buat rawatan kat mana-mana klinik, doktor gigi yang periksa gigi Haziq bagitahu awal-awal. Treatment yang dilakukan adalah treatment ringkas je.. dimana ia dipanggil topical fluoride.

Rawatan ni cuma sekadar menyapukan fluoride keatas gigi yang terjejas akibat karies tu. Ala.. macam lumur ubat gigi je pun. Fluoride tu pulak doktor gigi kata manis. So, dari situ korang boleh la nampak Haziq behave dalam video ni. Benda sedap kan.. suka la dia. Hahaha

Additionally, ada jugak ubat yang doktor gigi recommend untuk guna.. iaitu GC Tooth Mousse. Ubat ni lebih kurang sama je macam fluoride yang doktor letak kat gigi Haziq, cumanya ia untuk penjagaan tambahan yang perlu digunakan setiap hari.

GC Tooth Mousse ni beli kat farmasi je dengan harga RM65, sebab stok kat klinik gigi dah habis. Maka, campur kesemua kos rawatan gigi kat klinik gigi tadi dengan GC Tooth Mousse ni, habis dalam RM115 je. Kos rawatan klinik gigi tadi RM50.

Dan sebagai penutup rawatan hari tu.. doktor gigi ada pesan, lagi 6 bulan kena datang balik untuk pemeriksaan semula gigi tu. Kot-kot la karies tu makin teruk kan. Hopefully tak la. Hee.

Scaling gigi untuk Khair

Alang-alang dah buat treatment karies gigi Haziq. Keesokannya aku bawak Khair untuk buat scaling pulak sebab ada slot kosong kat klinik gigi tu. Gigi depan Khair ni kalau perasan dah jadi kekuningan dah sebab dia jarang gosok gigi sebelum tidur. Maka untuk mengelakkan karang gigi tu makin menebal dan mencacatkan pemandangan, aku suruh je doktor gigi cuci buat scaling. Lepas tu suruh doktor tampal sekali gigi geraham dia yang berlubang.

Kalau ikutkan apa yang doktor gigi bagitahu aku, dalam setahun lagi maybe gigi geraham susu tu akan tercabut. Tapi untuk mengelakkan Khair sakit gigi secara tiba-tiba (sakit gigi ni mana boleh expect, nak sakit.. boleh jadi tiba-tiba je). Maka, aku cakap kat doktor playsafe je la. tampal je selagi boleh. Kalau sakit gigi kang naya pulak. Hahaha.

Gigi bawah tu kalau perasan sebelum scaling (gambar kiri) ada kuning-kuning. Selepas scaling (gambar kanan) dah bersih.

By the way untuk korang yang tak tahu pada umur berapa gigi-gigi susu akan tercabut, kat bawah ni ada carta dia yang tersendiri.

Ikut jenis gigi. Gigi susu (central incisor) akan tercabut dulu, diakhiri dengan gigi geraham (second molar). Kalau korang nak google boleh search “primary teeth eruption”.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply to Tekkaus Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *