Eclipse Residence di Pan’gaea Cyberjaya, satu lagi projek perumahan yang sedang rancak dalam pembinaan. Dimajukan oleh OSK Property, merupakan service apartment berkonsepkan gaya hidup cergas dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2017.
Minggu lalu bersamaan dengan 12 April 2014, aku bersama beberapa rakan blogger sempat bertandang ke majlis pelancarannya di Show Village Pan’gaea. Disana kami semua berpeluang untuk meninjau dengan lebih dekat akan unit-unit contoh yang dipamerkan.
First impression, reka bentuk yang dibina sangat menarik. Walaupun keluasan apartment ini tidaklah sebesar projek perumahan lain, tetapi dengan susun atur yang kemas ia menampakkan service apartment ini seperti sebuah projek perumahan yang premium dan eksklusif.
Eclipse Residence adalah projek pembinaan Pan’gaea fasa ke-3 daripada 5 fasa keseluruhannya. Terletak di lokasi strategik Selatan Cyberjaya, ianya dikelilingi dengan hub-hub pendidikan dan syarikat besar multi-nasional. Berstatus pegangan bebas dan hanya ditawarkan sebanyak 668 unit, terdapat beberapa faktor penarik yang perlu para pelabur fikirkan cepat-cepat dan rebut sebelum ianya habis dijual. Antaranya :
- Kemudahan yang lengkap
- Fully furnished
- Ruang dalaman rumah yang praktikal dengan pengudaraan semula jadi
- Tema kolam renang yang berkonsepkan pantai dengan kemudahan skydeck
- Pemintaan dan nilai sewa yang tinggi
Malah, untuk Eclipse Residence ini ia terbahagi kepada 4 jenis pilihan; dimana yang pertama merupakan Uno Suites (1 Bilik), berkeluasan 450 kaki persegi dan sangat sesuai bagi golongan muda ataupun pasangan yang baru berkahwin.
Kedua, Duo Suites (2 Bilik) yang berkeluasan 650 kaki persegi.
Ketiga, Trio Suites (3 Bilik) yang berkeluasan 950 kaki persegi.
Dan keempat, yang paling disukai ramai iaitu Loft Suites (2-Bilik Duplex). Sebuah service apartment ala-ala moden lifestyle 2 tingkat yang berkeluasan 950 kaki persegi.
Secara peribadinya apabila melihat unit-unit contoh ini, ia terus membuatkan nafsu membeli aku kembali bergelora. Kalau tidak kerana kelayakan aku hanya mampu membuat pinjaman perumahan setakat RM250k, mungkin aku adalah diantara yang terawal untuk memiliki unit-unit disini. Untuk makluman, harga permulaan bagi Eclipse Residence ini adalah dari RM364,800.
Dan sebagai info tambahan, dua fasa yang masih belum dibangunkan di Pan’gaea Cyberjaya ini merupakan fasa pembangunan sebuah hotel dan juga pusat membeli belah. Lihat sahaja miniature yang telah disusun, bangunan berbentuk cendawan itu ialah pusat membeli belah yang bakal didirikan tidak lama lagi dan Ya, reka bentuknya sangat-sangat mirip stadium The Cube di China.
Menarik bukan? Aku sendiri pun sebenarnya sudah tidak sabar menunggu ianya disiapkan. Nanti boleh bawa Khair window shopping.
Oh ya, sebelum terlupa.. disini aku ingin berkongsikan juga beberapa keping gambar yang sempat aku rakamkan ketika majlis pelancaran dijalankan.
Antara yang paling menarik perhatian aku sudah tentulah pameran model-model mini robot Transformers oleh TransMy. Serius nampak cool.
Tapi perlu diingatkan terlebih dahulu, jika anda ingin menjadi pengumpul model-model seperti ini ia sememangnya memerlukan modal yang tinggi.
Okay, berbalik kepada cerita Eclipse Residence. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan info yang lebih lanjut mengenai projek ini, boleh terus ke Show Village mereka di Cyberjaya dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang ataupun anda boleh melayari laman web mereka di www.pangaea.com.my.
Sebarang pertanyaan juga boleh dihantar terus kepada pangaea@oskp.com.my atau hubungi mereka di talian bebas tol 1-300-88-6626 atau talian umum 03-8318 6366 atau hotline 019-2227138.
Cantik sangat-sangat ni design interior dia puas hati kalau dapat memiliki ni
waahhhh… memang menarik kalau dapatrumah kat area situ… terbaik!!
Hurmmm….. kalau dok area situ hari-hari ko pegi alamanda je la jawabnya….hahahahha
Cantik giler rumah, modern style. dah macam feeling movie korea. hehe.
Kalau beli tru hafiz rahim ada diskaun ke bro?
Sebut nama aku 3 kali nanti dapat diskaun 10%. Tapi bukan lu x layan ke diskaun2 ni bro? Hehehe
Cantik, menarik dan selesa..bila la agaknya aku nak dapat beli sebuah …
Menarik sungguh design dia. Nak survey le tempat ni