Wah seronok betul bila dapat bermain dengan apa yang dihajatkan. Kegemaran pulak tu. LEGO Star Wars The Force Awakens, dah nama pun pencinta LEGO kan. Game ni baru je release minggu lepas, tetapi minggu ni aku main dah nak hampir habis dah. Laju betul. Hahaha.
Game review, bagi yang ingin mengetahui game ini tentang apa.. jom baca apa yang aku kongsikan. Hee.
LEGO Star Wars The Force Awakens, actually kewujudan game ini ke dalam dunia PlayStation adalah kesinambungan daripada siri filem Star Wars iaitu Star Wars: The Force Awakens yang telah ditayangkan beberapa bulan yang lalu.
Dibandingkan dengan plot penceritaan didalam filem tersebut, jalan cerita permainan Star Wars The Force Awaken ini mempunyai persamaan yang ketara. Antara jalan cerita yang aku maksudkan adalah seperti ketika misi Poe dan BB-8 melarikan diri daripada serangan askar The First Order, kemudian misi Rey (awek cun) yang mencuri Millenium Falcon daripada genggaman Unkar Plutt di Jakku (kawasan padang pasir), dan juga misi Fynn ketika bersama Han Solo yang melarikan diri menggunakan Tie Fighter. Well.. jika korang pernah menonton filem ini, I bet you know apa yang aku maksudkan ni.
Melalui pengalaman aku bermain serta melepasi beberapa tahap LEGO Star Wars The Force Awakens PS4 ini, aku dapati ciri-ciri permainan ini sememangnya sesuai untuk kanak-kanak. Tidak terlalu ganas dan mempunyai fungsi ketersediaan nyawa yang “unlimited” serta ciri-ciri karakter Star Wars yang dihidupkan kembali serta-merta apabila mati ditembak musuh, dan tahap kesukaran untuk bermain yang dilaraskan pada tahap yang minimal, menampakkan permainan ini seperti mudah untuk dimainkan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur.
Fungsi kawalan joystick yang tak terlalu kompleks serta arahan bantuan yang berterusan di kaca TV ketika bermain, turut membantu sekiranya pemain tiba-tiba “stuck” dalam mode permainan (tak pun kalau dah blur sangat tak tahu nak buat apa, korang boleh ketuk je mini station yang tersedia dalam permainan (ada “tanda soal”). Yang mana sejurus ianya diketuk, maka akan keluarlah “hint” untuk step yang berikutnya).
Pergerakan special effect ataupun trik-trik istimewa yang aku fikirkan wujud bagi kebanyakan game RPG seperti ini, malangnya tiada sama sekali. Mungkin kerana game ini yang ini yang lebih memfokuskan kepada kanak-kanak, maka segala butang pada joystick mempunyai tetapan pada kawalan asas (sebagai contoh, ketika situasi dimana korang ingin membalas serangan hendap terhadap musuh dengan melakukan tembakan dari belakang tembok.
Maka, segala kawalan sama ada mengintai ataupun mengacu pistol, dibantu dengan fungsi auto-aim yang boleh diaktifkan dengan butang R2. Auto-aim.. tembak.. auto-aim.. tembak. Mudah betul.
Menambahkan suasana keseronokan pula, apabila korang dihidangkan dengan rekaan grafik yang berdefinisi tinggi (sekiranya korang menggunakan TV yang mempunyai sokongan HD dan juga kabel HD), digabungkan juga dengan plot-plot humor. Tatkala melihat karakter-karakter ataupun barangan-barangan LEGO brick hancur bertaburan apabila dipukul atau ditembak, seringkali ditengah-tengah permainan diselitkan juga video-video kartun pendek yang berunsurkan lawak (I like this part, memberikan masa tambahan untuk melegakan kepenatan jari-jemari menekan joystick.. Hehehe).
Tak dilupakan juga. semasa diawal permainan bermain LEGO Star Wars: The Force Awakens ini.. apabila korang akan diberikan beberapa kumpulan karakter popular Star Wars seperti Rey, Han Solo, Chewbacca, Finn, Poe Dameron serta BB-8, dimana setiap daripada mereka mempunyai kebolehan yang berbeza dan mampu membuat tugasan yang berlainan.
Sebagai contoh, BB-8 mempunyai kebolehan untuk mengakses pintu-pintu yang dikunci dan juga mampu menyelinap ke ruang-ruangan kecil yang tidak boleh dimasuk oleh manusia. Manakala karakter seperti Rey dan Chewbacca pula masing-masing mempunyai kebolehan untuk mengaktifkan suis-suis senjata utama dan juga meletupkan struktur-struktur tertentu dengan bahan letupan.
Secara keseluruhannya, tiada satu tahap dimana permainan LEGO Star Wars The Force Awakens ini memberikan cabaran yang sukar untuk diselesaikan. Sepanjang permainan, setiap halangan mampu diatasi dengan mudah dek kerana info bantuan yang diberikan pada setiap karakter, dan majoriti juga untuk menyelesaikan setiap tugasan ia lebih kepada memerlukan pemain untuk membina struktur-struktur baru LEGO (sama ada untuk dijadikan senjata tambahan ataupun alat bantuan) dengan menghancurkan struktur-struktur LEGO yang lama.
Tetapi..
Walaupun permainan ini disifatkan sebagai permainan yang kurang mencabar, namun ianya tetap menyeronokkan. Lebih-lebih lagi sekiranya korang mempunyai anak-anak kecil sebesar Khair, permainan ini sudah semestinya menjadi satu platform dimana korang boleh meluangkan masa bersama-sama anak dalam usaha melepasi halangan-halangan yang diberikan. Yalah.. permainan ini mungkin mudah bagi orang dewasa, tetapi bagi kanak-kanak yang berumur 4 tahun lebih ia masih lagi sesuatu yang susah untuk dimainkan.. Hehehe.
Pssst.. Ada kajian yang menunjukkan bahawa sekiranya korang galakkan anak-anak bermain game, ia akan increase-kan motor skill anak-anak dengan menggalakkan otak berfikir untuk menyelesaikan masalah serta pengawalan joystick secara refleks (So, jangan marah anak-anak main game ye. Cuma jangan overexposed, kena ada had masa juga).
Nota: Jika korang perasan dibahagian PlayStation Network, harga minimum yang ditawarkan kepada pembeli adalah RM242 dan ianya terbahagi kepada dua pilihan iaitu biasa dan deluxe edition. Bagi deluxe edition, ia merupakan edisi terhad dimana terdapat beberapa extra gift yang akan diberikan kepada korang. Die hard fan Star Wars, collectors item haruslah korang grab cepat-cepat kan. Kalau lambat.. habis.
Peringatan: Sila pastikan korang ada sambungan internet, sebabnya.. kalau tak ada internet korang tak boleh nak main game ni.
Oooo kiranya game ni sesuai untuk pelbagai lapisan umur la ek…
Sesuai sangat. Tak ada unsur-unsur keganasan terlampau pun. Anak-anak mesti suka. Hehehe
x paham mnde. huh. otak tak berapa macam otak gamers. hohoho
Jangan kata anak-anak, mak bapak pun boleh simpan sebagai koleksi 🙂
Bampaknya asyik ni games dari lego ini .. Sebaiknya saya beli juga ni gamesnya….