in

Gambar Blur Jadi Lebih Jelas Dengan Aplikasi Remini


Weh.. seriously lepas aku dapat tahu tentang aplikasi yang boleh repair blur ataupun noise sesuatu imej ni kan, terus aku terfikir tentang teknologi yang FB dalam filem mat saleh tu selalu guna tu. Ala bilamana ada gambar penjenayah yang blur-blur tiba-tiba dapat jadi clear tu.

Aku ingatkan teknologi gitu macam mustahil nak wujud. Tapi rupa-rupanya hanya dengan bantuan AI, gambar yang teruk imejnya dapat perbetulkan menjadi sesuatu gambar yang lebih menarik. Thanks pada aplikasi yang dinamakan “Remini”.

Contoh, gambar Haziq dan Khair kat bawah ni. Pada awalnya gambar ni tak sharp dan penuh dengan noise sebab aku snap dalam kereta waktu dekat-dekat nak maghrib dah.

Gambar sebelum – klik untuk besarkan

Tapi lepas dimuat naik ke aplikasi Remini, bagi dia process jap.. jeng jeng jeng tu dia.. helok weh. Teknologi AI yang terbina dapat memperbetulkan imej dengan jayanya. Kadar noise pada imej berkurang dengan sangat ketara.

Gambar selepas – klik untuk besarkan

Power kan?

Untuk makluman, aku cuba aplikasi ini dengan trial version dimana pengguna boleh memuat naik gambar yang ingin diperbetulkan sebanyak 3 keping. Tetapi sekiranya korang nak guna lebih lagi, ada option untuk subscribe kepada akaun premium dengan harga semurah $4.99 sebulan.

Dapat gunakan teknologi AI yang super power untuk tukarkan gambar yang kurang cantik menjadi gambar yang cun melecun, kira murah la tu kan. 🙂

Link muat turun:


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *