in ,

Galeri Muslim Bantu Memudahkan Pencarian Keperluan Umrah


Sebagai seorang yang beragama Islam, selain daripada mengerjakan haji, melakukan umrah adalah saat yang dinanti-nantikan. Umrah, yang jatuh hukumnya wajib sekali seumur hidup apabila telah memenuhi syarat-syarat, dari segi bahasanya adalah bermaksud ziarah. Manakala dari segi terjemahan syarak pula, umrah bermaksud menziarahi Baitullah al-Haram pada bila-bila masa saja sepanjang tahun untuk melakukan ibadat tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu.

Secara ringkasnya, 5 syarat wajib umrah adalah seperti berikut:

  1. Beragama Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Merdeka
  5. dan, Berkemampuan

Aku percaya syarat-syarat ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dipenuhi. Cumanya untuk seseorang itu bersedia sepenuhnya mungkin memerlukan sedikit masa memandangkan ia melibatkan faktor kewangan.

Untuk makluman, walaupun umrah dinyatakan boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun, namun ianya masih mempunyai waktu larangan. Waktu larangan yang dimaksudkan adalah melakukan umrah terlebih dahulu sebelum melakukan haji ketika bulan haji. Perlu diingatkan juga, ketika melakukan ibadah umrah terdapat beberapa larangan yang perlu dipatuhi.

Larangan-larangan yang dimaksudkan terbahagi kepada 5 kategori, iaitu pakaian, wangian, kecantikan, alam sekitar dan hubungan kelamin. Dimana larangan-larangan ini juga secara umumnya merupakan salah satu daripada perkara wajib umrah. Namun begitu sekiranya larangan ini dilakukan tanpa sengaja, tidaklah bermakna ia membatalkan umrah. Cuma ianya akan dikenakan dam.

Dam disini bermaksud denda.

Akan tetapi walaupun seseorang itu boleh membayar dam apabila terlanggar perkara wajib umrah, tidaklah dinasihatkan pula supaya seseorang itu melakukan larangan ini dengan sengaja kerana perkara tersebut boleh mendatangkan dosa.

Dan diantara contoh paling mudah bagi seseorang itu untuk melanggar perkara wajib umrah dengan mudah adalah pakaian. Dari sudut penjagaan pakaian;

  • Bagi lelaki, pakaian mereka yang tidak boleh berjahit
  • Bagi lelaki, mereka tidak boleh menutup kepala
  • Bagi wanita, mereka tidak boleh menutup muka
  • Dan bagi lelaki dan wanita, mereka tidak boleh memakai sarung tangan

Nampak mudah bukan? Tapi percayalah, selalunya benda yang nampak mudah ni paling susah hendak dijaga terutamanya apabila dari segi pencarian keperluan umrah itu sendiri pun kadang-kala ramai yang keliru, jadi perkara ini tidak mustahil akan berlaku.

Beli set kelengkapan umrah di Galeri Muslim

Tergerak hati aku untuk berkongsi saluran yang boleh membantu memudahkan orang ramai mencari barang-barang keperluan umrah dengan mudah, dimana korang semua boleh mendapatkan set-set yang diperlukan secara online di laman web galerimuslimofficial.com/set-kelengkapan-umrah-galeri-muslim.

Melalui penawaran beberapa jenis set kelengkapan umrah yang dijual disini, Galeri Muslim bukan sahaja menawarkan penyelesaian masalah kepada bakal jemaah umrah yang langsung tak tahu nak bawa apa sebagai persediaan ke tanah suci, malah dalam masa yang sama juga membantu menyediakan barang-barang penting yang perlu dibawa.

Menariknya apabila membuat pembelian set-set yang ditawarkan oleh Galeri Muslim, bakal jemaah umrah boleh mendapatkan penjimatan masa dan kos yang berganda apabila set-set yang dijual bukan sahaja ditawarkan dengan harga yang murah, tetapi juga boleh dihantar secara percuma melalui pos ke seluruh Malaysia. Dengan erti kata lain, setiap pembelian menjimatkan duit dan pembeli juga tak perlu lagi bersusah-payah untuk bersiap keluar untuk ke kedai.

Set-set kelengkapan yang disediakan oleh Galeri Muslim terbahagi kepada dua; iaitu set lelaki dan set perempuan. Dan untuk setiap set tersebut pembeli ditawarkan pula pilihan set-set yang berlainan sama ada ingin menggunakan set asas, set penting, set jubah ataupun set aksesori.

Set asas lelaki – mengandungi 2 keperluan pakaian asas yang wajib dibawa oleh jemaah lelaki ketika menunaikan umrah iaitu kain Ihram berukuran 45 x 90 inci dan juga tali pinggang haji.

Set penting lelaki – dilengkapi dengan pakaian dan beberapa barangan asas yang wajib dibawa oleh jemaah lelaki seperti kain Ihram berukuran 45 x 90 inci, tasbih digital, sejadah, tali pinggang haji dan spray wudhu.

Set kurta lelaki – disarankan kepada jemaah lelaki yang ingin memakai Kurta ketika tidak terikat dengan syarat sah Ihram, dimana ia dilengkapi dengan pakaian asas yang wajib dibawa ketika menunaikan umrah seperti kain Ihram berukuran 45 x 90 inci, t-shirt lengan pendek putih, kurta putih, tali pinggang haji dan seluar haji putih.

Set jubah lelaki – disarankan kepada Jemaah lelaki yang ingin memakai jubah ketika tidak terikat dengan syarat sah Ihram, dimana ia dilengkapi dengan pakaian asas yang wajib dibawa ketika menunaikan umrah seperti kain Ihram berukuran 45 x 90 inci, t-shirt lengan pendek putih, jubah putih, tali pinggang haji dan seluar haji putih.

Set asas perempuan – mengandungi 4 keperluan pakaian asas yang wajib dibawa oleh jemaah perempuan ketika menunaikan umrah iaitu mini telekung, jubah seluar, sarung lengan dan stokin wuduk.

Set penting perempuan – dilengkapi dengan pakaian dan beberapa barangan asas yang wajib dibawa oleh jemaah perempuan seperti mini telekung, jubah seluar, sarung lengan, stokin wuduk, tasbih digital dan sejadah.

Set jubah perempuan – disarankan kepada jemaah perempuan yang ingin memakai jubah ketika menunaikan umrah, dimana ia dilengkapi dengan mini telekung, jubah labuh putih, singlet zip, seluar panjang putih, tudung labuh putih, sarung lengan, kasut tawaf dan stokin wuduk.

Set jubah seluar perempuan – disarankan kepada jemaah perempuan yang ingin memakai jubah seluar ketika menunaikan umrah, dimana ia dilengkapi dengan pakaian asas seperti mini telekung, jubah seluar putih, singlet zip, seluar panjang putih, tudung labuh putih, sarung lengan, kasut tawaf dan stokin wuduk.

Selain daripada set diatas terdapat juga penawaran set aksesori Galeri Muslim bagi memenuhi keperluan tambahan yang akan memudahkan segala urusan harian ketika berada di tanah suci. Tak dilupakan juga penawaran set penjagaan diri Suchi yang Sah Ihram dan boleh digunakan tanpa was-was untuk membersihkan diri ketika mengerjakan umrah.

By the way, untuk set penjagaan diri Suchi tu aku dah ada pakai kat rumah. Walaupun ianya disediakan untuk kegunaan umrah ataupun haji, tak bermakna ia tak boleh digunakan untuk kegunaan harian yang lain. Best.. aku suka. Sebab ia dah didatangkan pakej dalam 1 beg plastik yang comel, senang untuk aku bawa kemana-mana saja.

Jadi, untuk maklumat lanjut mengenai set-set keperluan umrah Galeri Muslim dan penawaran produk-produk umrah yang lain, korang boleh rujuk laman web mereka di galerimuslimofficial.com. Atau ikuti mereka di laman sosial Facebook @GaleriMuslimSenawang.

Nota: Selain beli untuk diri sendiri, set umrah ni sesuai sangat kalau nak diberikan sebagai gift untuk saudara mara atau sahabat handai. 🙂


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *